Selebriti popular Neelofa dan suami, Haris Ismail antara yang tidak terlepas untuk melakukan konten menggunakan audio ‘Abang Bomba’ yang sedang tular di laman TikTok ketika ini.

Video yang dikongsi pengguna akaun @lofa.world, menyaksikan Neelofa, 33, sedang melakonkan situasi seolah-olah jarinya tersepit pada pintu dan menjerit meminta pertolongan ‘Abang Bomba’.

Bagaimanapun, bukan ‘Abang Bomba’ yang datang menyelamatkan Neelofa, sebaliknya, suaminya sendiri iaitu Haris datang membantu mengeluarkan jari isterinya yang ‘tersepit’ pada pintu.

@lofa.world geram je tengok 2 org ni? #Neelofa #HarisNeelofa #InnaiNunha #FYP [email protected] ♬ original sound - lofa.world

Telatah lucu pasangan itu membuatkan ramai pengguna laman TikTok turut ikut terhibur.

Malah tidak kurang juga yang bergurau dengan mengatakan bukan ‘Abang Bomba’ yang datang menyelamat tetapi ‘Pak Ustaz’.

@shu_wardrobe: “Abang bomba takda, pak ustaz je ada haha.”

@Jue: “Panggil abang bomba, pak ustaz yang datang.”

@Alisa: “Comel je suami yang datang selamatkan hehe,” antara komen wargamaya.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut menerima lebih 500 ribu tontonan dan 23 ribu tanda suka.

Untuk info, Neelofa dan Haris telah selamat disatukan sebagai suami dan isteri pada Mac 2022 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.