,
Laman Utama

[VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Jacky ‘Interview’ Zizan Razak - “Pening Pale Zizang Nok Mikir…”

Asyikin Mayudin
24/05/2023
11:50 MYT
Video temu bual pelawak media sosial terbaru yang dikenali sebagai Jacky dengan pelakon filem Polis Evo 3 iaitu Zizan Razak menerusi TikTok Jacky TV menarik perhatian netizen.
Menerusi temu bual itu, Jacky bertanyakan kepada Zizan mengenai tayangan filem aksi komedi terhebat Polis Evo 3 yang bakal ditayangkan pada 25 Mei ini di seluruh pawagam di Malaysia.
Rata-rata netizen di ruang komen terhibur melihat aksi spontan Jacky bertanyakan soalan lain kepada Zizan dalam loghat pantai timur.
“haha… berdekah aku gelak. Jacky oh Jacky.
“Berat-berat… pening pale Zizang nok mikir (pening kepala Zizan nak fikir).
“Kena ajak Jacky dengan Zizan berlakon sekali ni,” komen beberapa netizen yang terhibur menonton video tersebut.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut mendapat lebih 118,000 tanda suka, hampir 2,000 komen dan lebih 1 juta tontonan.
Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu terus mengekalkan pameran utama iaitu Zizan Razak yang membawakan watak Inspektor Sani dan Shaheizy Sam yang membawa watak Inspektor Khai.
Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi yang lebih besar dan mencabar! #JagaJagaBoh.
Selain Zizan dan Sam, filem itu turut dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Farah Ali Khan, Nora Danish, Eyka Farhana, Fezrul Khan dan ramai lagi.
Bahang Polis Evo 3 kian terasa apatah lagi lagu runut bunyi (OST) berjudul Ayuh yang dinyanyikan oleh Malique, Ernie Zakri dan penyanyi rap Aman Ra serta Kmy Kmo menjadi siulan.
@jackytvkuantan Jacky Vs Zizan Razak. Sempoiii Dua dua kaki smash ? #jacky #zizanrazak #zizanrazakfans #jackyfans #astro #tv @bonraizu @bonraizushop @Jacky TV @Pahang Viral @Jemaah Viral @Jom Jalan Jom Travel @AJ PEST @SALMANZ MALL @Iden76 @RiUH.my @zizanrazak869 @mattlipatt @Ischmayel89 @bonraizu @jemaahviral @pahangviral @infokuantan ♬ original sound - Jacky TV
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Minggu Kedua Beri Tekanan, Kumpulan Sarkas Tunjuk ‘Effort’ Untuk Dapatkan Zizan Razak - “Dia Seorang Yang Particular Bab…”

gempak
30/09/2024
05:55 MYT
Mengakui minggu kedua Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) memberi tekanan, kumpulan Sarkas bagaimanapun bersyukur apabila pelawak terkenal Zizan Razak sudi menjadi artis jemputan untuk persembahan mereka.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Lawak Kumpulan Sarkas Menjadi, Dinobatkan Sebagai ‘Gempak Superstar Of The Week’ Minggu Kedua

gempak
29/09/2024
18:55 MYT
Dengan latar belakang lokasi pilihan Mercu Tanda dan lagu hits, kumpulan Sarkas yang dianggotai oleh Acap S, Shashic dan Danial Zainal dinobatkan sebagai Gempak Superstar Of The Week pada minggu kedua Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) pada malam Ahad.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.
Hiburan

“Buat Podcast Bagus, Asalkan Tidak Melanggar Hukum Agama..” - JoZan

gempak
11/09/2024
12:55 MYT
Dua pelawak popular, Zizan Razak dan Johan bersetuju platform podcast merupakan medium yang bagus untuk rakan-rakan dalam industri berkongsi informasi kepada masyarakat.
BorakSeeni