[VIDEO] Netizen Terkesima Dengan ‘Mat Kilau’ Alunkan Surah Ar-Rahman - “Masya-Allah Cukup Makhraj Dengan Sifat Huruf”
Izwan Isa
21/07/2022 03:50 MYT
21/07/2022 03:50 MYT
Umum mengetahui filem epik Mat Kilau arahan Syamsul Yusof meraih kejayaan yang luar biasa sejak ia ditayangkan. Selepas hampir sebulan diluncurkan di layar lebar, filem berkenaan dengan pahlawan negeri Pahang itu sudah pun meraih kutipan melebihi RM80 juta.
Hal ini bukan sahaja memberi rekod baharu kepada Syamsul sebagai pengarah, bahkan turut mencetuskan rasa bangga dalam kalangan para pelakon dan juga kru yang terlibat dalam penggambaran filem berkenaan.
Pelakon yang memegang tonggak utama, Datuk Adi Putra juga tidak terlepas daripada menerima komen daripada penonton. Ada segelintir yang merasakan Adi merupakan calon yang sesuai untuk membawakan watak berkenaan dan ada juga yang berkata sebaliknya.
Sungguhpun begitu, Adi tidak pernah terkesan dengan perbandingan tersebut dan terus melihat ia sebagai satu hal yang negatif.
Terbaharu, nama Adi sekali lagi viral apabila video yang memperlihatkannya membawa Al-Quran viral di laman TikTok. Difahamkan, menerusi video tersebut, Adi mengalunkan surah Ar-Rahman.
undefined
“Masya-Allah, Haji Adi Putra mengalunkan Ar-Rahman. Anugerah daripada Ya Wahhab Ya Karim,” tulis pemilik akaun berkenaan.
Meninjau ruangan komen, ramai dilihat memuji kebolehan Adi Putra untuk membaca kitab suci Al-Quran dengan baik.
“Anugerah bila kelebihan diri digunakan ke jalan yang baik.”
“Pakej lengkap betul Datuk Adi Putra ni.”
“Masya-Allah cukup makhraj dengan sifat huruf, bukan mudah bawa lagu bayyati.”
“Memang tak silap lah depa pilih dia sebgai watak Mat Kilau.”
“Artis main peranan dalam dakwah sebab banyak ikutan. Terbaik Mat Kilau.”