Pelakon Datuk Afdlin Shauki berkongsi video memperlihatkan dia bersama koleksi mainan yang dikumpul sejak tahun 80-an.

Menerusi perkongsian tersebut, Afdlin meluahkan hasrat untuk menjual semua mainan tersebut dan hasil jualan itu akan disalurkan kepada yayasannya.

“Saya dengan koleksi mainan yang saya kumpul dari awal 80 an dan 90 an… tapi sekarang dah tak kumpul dah. Ada macam-macam dekat sini.

“Di belakang sana pun ada lagi… saya mungkin nak start jual toys ini la untuk mungkin untuk kumpul duit yayasan sikit. Yela, saya pun dah tua.

“Ada toys Matrix yang original punya. Macam-macam, Lord Of The Rings, Star Wars dan samurai pun ada, Marvel, robot pun ada.

“Satu-satu nanti saya tunjuk dan akan letakkan di page saya untuk dijual,” kata Afdlin.

Rata-rata netizen terkejut melihat koleksi mainan atau toys milik Afdlin yang dilhat sudah seperti sebuah kedai.

“Ini bukan collection abang... ini dah kira level stockist dah ni.

“Ni koleksi ke kedai mainan.? Ada lebih sejuta value ni,” komen beberapa netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

@afdlinshaukiofficial Saya nak jual Toys saya. #actionfigures #fyp ♬ Epic Cinematic Trailer (Marvel Hybrid Teaser Soundtrack) - EdRecords