Sebuah video yang merakam pertemuan di antara pelakon terkenal Fazura dan adik kepada usahawan jelita Neelofa, Atisha Khan mencuri perhatian wargamaya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik semula daripada IG Stories milik Fazura oleh seorang pengguna ke laman TikTok, memperlihatkan kedua-dua wanita berkenaan saling bertegur sapa antara satu sama lain.

“Yooo tengok this lady (Atisha) sangat cantik,” kata Fazura sebelum pujian tersebut seterusnya disambut oleh Atisha.

“You always pretty,” balas Atisha sambil mengukir senyum di bibir.

@skincarebyfazura #fazura #fyp ♬ original sound - missfazuraihana - missfazuralove

Difahamkan Fazura dan Atisha bertemu dalam sebuah majlis yang berlangsung di ibu kota malam tadi.

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang sama, kedua-dua mereka dilihat anggun dan manis mengenakan pakaian bewarna merah jambu.

Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji kecantikan yang dimiliki Fazura dan Atisha.

Selain itu, tidak kurang juga yang memuji keperibadian mereka berdua.

“Cantik dua-dua, suka tengok Atisha sebab humble, Fazura pun sama humble dan peramah,” komen seorang wargamaya.

“Saya suka tengok Atisha sebab dia merendah diri dan baik hati,” ujar seorang netizen.

“Tetiba sebak! Semoga semuanya baik-baik,” kata seorang lagi wargamaya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!