Akhirnya teka-teki siapa barisan penyanyi untuk runut bunyi (OST) untuk filem aksi komedi hebat, Polis Evo 3 sudah terjawab.

Menerusi perkongsian video di Instagram rasmi Astro Shaw mengumumkan penyanyi rap terkenal Malique Ibrahim kembali beraksi.

Selain Malique, lagu OST Polis Evo 3 berjudul Ayuh itu juga turut dinyanyikan oleh penyanyi yang mempunyai vokal hebat iaitu Ernie Zakri dan penyanyi rap Aman Ra serta Kmy Kmo.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat kemunculan semula Malique atau dikenali sebagai Mr General selain gabungan mantap tiga penyanyi hebat yang lain.

“Berdebar terdengar suara magisnya, harapan tinggi moga itu General kita, ternyata kenyataan. selamat pulang Mr. General!

“Pergh line up untuk lagu ini!

“Mr General sudah keluar,” komen beberapa netizen yang teruja dengan perkongsian tersebut.

Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu terus mengekalkan pemeran utama iaitu Zizan Razak yang membawakan watak Inspektor Sani dan Shaheizy Sam yang membawa watak Inspektor Khai.

Nantikan filem Polis Evo 3 di pawagam seluruh Malaysia pada Mei depan. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi yang lebih besar dan mencabar! #JagaJagaBoh.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)