[VIDEO] Niena Baharun Hadiahkan Gelang Emas Untuk Babysitter, Menangis Berpelukan Nak Berpisah! - "Tak Boleh Ganti Dengan Masa Awak Korbankan ..."
Asyikin Mayudin
03/11/2022 02:55 MYT
03/11/2022 02:55 MYT
Sebagai tanda penghargaan dan perpisahan, pelakon Datin Niena Baharun menghadiahkan seutas gelang tangan emas kepada penjaga anak-anaknya yang telah berkhidmat beberapa bulan.
Bersyukur dipertemukan dengan Asra, Niena berkata individu tersebut yang menawarkan diri menjaga dua orang anaknya biarpun usianya masih muda.
“Awal tahun haritu saya struggle cari helper untuk jaga anak-anak saya lepas maid yang lama balik. Dengan nak tunggu maid baru tak boleh masuk sebab musim Covid.
“Tapi satu hari tu, Allah temukan saya dengan insan bernama Asra Syafikah secara tidak sengaja. Dengan izin Allah, dia yang offer diri untuk bekerja sebagai babysitter anak saya.
“Sebelum dia masuk kerja, banyak kali saya tanya dia. Betul ke nak jadi babysitter? Sebab bukan senang nak jaga kids di usia yang muda, tambah kids masa tu tengah aktif,” katanya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, ‘babysitter’ bernama Asra Syafikah berpelukan dengan Niena sambil menangis menarik perhatian netizen yang turut sebak melihat mereka.
Menurut Niena lagi, dia nampak keikhlasan Asra yang sukakan kanak-kanak disebabkan sudah biasa menjaga lapan orang adik-beradiknya.
“Jawapan dia memang suka kids, dan dari sekolah dia dah biasa jaga adik-adik sebab adik-beradik dia ada 8 orang. Bila saya dengar ada 8 orang adik-beradik, masa tu saya nampak keikhlasan di hati seorang anak dan kakak.
“Dia cakap, dia nak kerja, nak tolong ringankan beban mak dan ayah serta adik-beradik dia. Walaupun awak bekerja dengan saya hanya berapa bulan tapi saya terima kasih dan hargai cara awak jaga, sayang anak-anak saya.
“Hadiah ni pun, tak boleh ganti dengan masa yang awak korbankan untuk menjaga kedua anak saya. Dia bukan sahaja babysitter untuk anak-anak saya tapi saya anggap dia macam keluarga saya.
“Kisah suka duka kami sentiasa kongsi bersama. Walaupun kenal berapa bulan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan saya pasti perpisahan ini bukanlah sayu pengakhiran,” katanya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
@nienabaharun.nb Perpisahan itu ada, agar kita bisa menghargai sebuah pertemuan. ? #simpansinibuatkenangan #fyp #fypシ #foryoupage #tiktokmalaysia #tiktokindonesia ♬ Kenangan Terindah (Piano Version) - Gaius Yeong