Sepotong video yang viral di TikTok sejak semalam menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen terhadap hubungan sebenar antara pengarah Syamsul Yusof dan pelakon Kazar.

@rghaikimbyeongho Ustaz Adam beli emas dgn bapak ira kazar.latest news...?#fyp #foryoupage ♬ original sound - Rghaikimbyeongho

Menerusi video berkenaan, kelihatan Syamsul sedang merakamkan content (kandungan) untuk sebuah kedai emas dan berpura-pura ingin membeli barang kemas yang berada di sana.

Begitupun, selain Syamsul, kelibat Kazar, iaitu ayah kepada Ira Kazar yang dikatakan kini bergelar kekasih Syamsul juga ada dalam video berkenaan. Dan hal tersebut menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan netizen.

“Kalau dah tak mampu nak bahagiakan isteri, cukup-cukuplah menyakiti.”

“Tak kisah lah lakonan ke tak, tapi tetapi sakitkan hati Sarah bini dia… Tak ke sakit hati bini dia tengok ni.”

“Kalau ye pun berlakon siap panggil abah macam menganjing time isu tengah hot ni.”

“No wonderlah scandal boleh kacau Puteri Sarah. Husband sendiri pun sama naik."





Bagaimanapun, ada yang mendakwa video tersebut hanyalah content untuk mempromosikan kedai emas berkenaan. Namun, apabila diperiksa, video tersebut telah dipadamkan daripada platform asal.

Dalam perkembangan terkini, peguam yang mewakili Puteri Sarah memaklumkan yang Ira Kazar perlu memasukkan pembelaannya dalam saman yang dikemukan oleh pelakon itu dalam tempoh sebulan.

"Mahkamah sudah arahkan pihak defendan (Ira Kazar) untuk memasukkan pembelaan dalam masa satu bulan.

“Jika perlu jawab kita (plaintif) akan jawab, jika tidak mahkamah akan tetapkan tarikh bicara," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan selebriti itu berlarutan sejak empat tahun lalu selain Puteri Sarah mengesahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul gara-gara gangguan orang ketiga.

Puteri Sarah sebelum ini mendedahkan Ira berterusan mengganggunya dan Syamsul sejak tahun 2019 lagi.

Pelakon berkenaan juga mendakwa individu terbabit melakukan gangguan-gangguan tersebut dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu yang diciptanya.

Sebelum ini, tular dalam media sosial yang mengatakan pengarah filem Mat Kilau itu sudah pun berkahwin dengan Ira, namun dinafikan Syamsul.