[VIDEO] Noh Salleh Dikecam Lagi, Kali Ini Sebab Meludah Di Atas Pentas - “Slipknot Perform Lagu Spit It Out Pun Tak Ludah Crowd Dia”

Izwan Isa
Oktober 2, 2022 18:07 MYT

Baru-baru ini telah berlangsungnya sebuah Konsert Hausboom Music 2022 yang menampilkan penyertaan beberapa kumpulan muzik tanah air dan juga penyanyi popular tempatan.

Antara artis yang menerajui Konsert Hausboom Music 2022 berkenaan termasuklah Wings, Masdo, Hujan, Ruffedge dan Joe Flizzow.
Sungguhpun konsert tersebut berlangsung dengan meriah, namun terdapat sepotong rakaman video yang menampilkan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh viral di media sosial.

:- https://t.co/JD9C5KMzUp pic.twitter.com/sm0ICJObx3

— manis (@myraibrahim_) October 2, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi rakaman video yang dirakam oleh penonton itu, Noh dilihat meludah dari atas pentas ketika membuat persembahan.
Situasi berkenaan secara terang-terangan tidak disenangi netizen.
Menerusi beberapa ciapan yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, rata-rata mengkritik tindakan Noh yang dianggap kurang bersesuaian dan tidak sopan.
Terdahulu, Noh pernah mencetuskan kontroversi menghisap rokok elektronik semasa ditemu bual media dalam sebuah acara yang berlangsung sekitar Julai lalu.
Kemudian, nama Noh sekali lagi menjadi sebutan apabila dia memegang rokok ketika berjalan untuk sebuah jenama di Kuala Lumpur Fashion Week 2022 pada Ogos lalu.
BACA: [VIDEO] “Kenapa Noh Macam Ni, Dia Frust Ke?” - Netizen Kecewa Lihat Gaya Noh Catwalk Sambil Pegang Rokok Di KL Fashion Week
BACA: DG Hisham Tegur Noh Salleh Pegang Rokok DI KLFW
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
#Noh Salleh #Hujan #Ludah