Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Nourul Depp Terkesima Dengar Pancaroba Hidup Sajat - "Allahuakbar! Kau Kuat Dik"

Shahrin Zulkifle
21/11/2022 02:30 MYT
Penyanyi Nourul Depp mengakui terinspirasi apabila mendengar kisah hidup pempengaruh Nur Sajat.

Jelas Nourul, dirinya terkejut mendengar setiap cabaran yang terpaksa dilalui Sajat selain menganggap usahawan sensasi itu sebagai seorang manusia yang kuat.

“Orang tanya apa yang amazing? Kalau awak tak tahu kisah hidup seseorang, jangan tanya kenapa.

“Inspired dan sentiasa sebut Allahuakbar dengan ceritanya. Ya Allah Jat (Sajat), kau kuat adik.

“Ternganga mulut mendengar cabarannya," katanya.

Nourul berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya selepas bertemu Sajat di Sydney, Australia.

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Sementara itu, Nourul dilihat sempat merakam beberapa foto bersama Sajat dan dikongsi buat tatapan umum.

Dalam masa sama, Nourul turut menasihati agar Sajat menutup kisah silamnya dan disimpan dalam lipatan sejarah hidup.

“Tutup kisah silam itu, simpan dalam lipatan sejarah kehidupan.

“Saya akan simpan cerita awak sampai habis usia saya.

“Awak tahu saya sayang awak, awak mempunyai hati yang baik,” tambahnya.

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Viral #Australia #Nourul Depp #sajat #Nourul Wahab