“Gempaklah Amir”, begitu komen seorang peminat selepas menyaksikan video duet penyanyi Amir Masdi bersama ratu rock Ella yang membawakan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah.

Berkongsi video itu di Instagram, Amir atau nama asalnya Amir Syazwan Masdi, 26 mempamerkan kualiti vokalnya yang mantap sehingga membuat netizen ‘terpukau’ mendengar nyanyiannya.

“Awesome! My Favourite! Terus bersinar dan terbang tinggi Amir.

“Persembahan luar jangkaan! Well done Rockstar!

“Tahniah Amir, awak berjaya membawakannya dengan baik,” antara komen yang ditinggalkan netizen.

Difahamkan persembahan duet berkenaan berlangsung dalam satu jelajah yang dianjurkan oleh sebuah stesen radio di Malaysia baru-baru ini.

Terdahulu, Amir turut merakamkan semula lagu berkenaan menjadi versi penuh nyanyiannya yang kini boleh didapati di Youtube rasmi Nova Music Malaysia

A post shared by AM (@amir.masdi)