Laman Utama

[VIDEO] “Oksigen Drop Mengejut, Nasib Baik Perasan” - Luluh Hati Aliff Syukri, Anak Sakit Dijangkiti Dua Virus

gempak
Mya Amri
06/06/2023
00:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] “Oksigen Drop Mengejut, Nasib Baik Perasan” - Luluh Hati Aliff Syukri, Anak Sakit Dijangkiti Dua Virus
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida berdepan detik cemas apabila oksigen anak bongsunya jatuh mengejut.
Aliff menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya berkongsi perkembangan terkini anak keenamnya, Luqman Al Haqeem yang kini dirawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Menurut Aliff, sebagai seorang bapa dia tidak sanggup melihat putera bongsunya itu berada dalam kesakitan.
“Mohon doa kalian… Oksigen anak saya dah drop mengejut nasib baik @shahidadherbs perasan… Susah hati saya.
“Benda yang paling abah tak sanggup tengok bila anak abah sakit… Tambahan pula Luqman baru menginjak dua bulan,” maklumnya,
Dalam pada itu, Aliff juga berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan Luqman yang kini dijangkiti dua virus.
“Ada dua virus yang menverang Luqman iaitu virus RSV dan Adenovirus... semoga anda semua sudi mendoakan kesembuhan buat anak saya, Luqman Al Haqeem Aliff Syukri,” tulisnya.
Terdahulu, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
Untuk info, Virus RSV atau Respiratory syncytial virus adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.
Jangkitan ini sering kali berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024