Usahawan popular, Tya Arifin tampil menjelaskan isu video disebalik tabir produknya yang dikatakan telah mempamerkan aksi ‘seksi’ yang tular baru-baru ini.

Jelas Tya, video berkenaan telah disunting dan dimuat naik oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga mengundang perspektif buruk daripada netizen.

“Video tersebut telah ditularkan oleh orang yang tak bertanggungjawab, malah video tersebut sepatutnya tidak boleh dikongsikan

“Masa shooting ada beberapa pihak dan orang luar juga, jadi dia ambil video sedang shooting kemudian dia edit dan buat perspektif sendiri.

“Malah dia telah mengundang perspektif yang kurang enak juga oleh orang lain,” ujarnya.

Menantu kepada penyanyi tersohor Datuk Sri Siti Nurhaliza itu memberi penjelasan menerusi muat naik terbaharu di akaun TikTok miliknya.

@tyaarifinnw Terimakasih yang sudah memahami ❤️ #10.10 #tyaarifin #jamumutyara #viral #fyp ♬ suara asli - Tya Arifin

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, dia akui sedih dengan kejadian tersebut.

“Tya sedih bila video tu dah tular dengan perspektif yang pelbagai daripada orang.

“Terima kasih pada pihak yang masih memahami situasi saya ini,” tambahnya.

Terdahulu, video disebalik tabir produk Tya telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @rehansukanyanyi.

Video tersebut kemudian tular sehingga menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang netizen.

@rehansukanyanyi Seksinya kak tya auchh ? #fyp #trending #reyhan ♬ For movie / picture / action / suspense - G-axis sound music