[VIDEO]: Pakai Busana Hitam, Vibe Ala Korea, Ada Nasha Aziz & Che Ta! Ramai Teka – “Drama Penthouse Malaysia Ke Ni”
Mya Amri
16/09/2022 07:35 MYT
16/09/2022 07:35 MYT
Sebut sahaja mengenai Penthouse, sudah pasti ramai yang cukup kenal dengan drama bersiri popular Korea itu.
Tidak hanya jalan cerita, Penthouse juga berjaya mengundang pelbagai emosi dalam kalangan penonton terutamanya watak-watak antagonis seperti Cheon Seo Jin, Joo Seok Kyung dan Joo Dan Tae.
Terbaharu, satu muat naik video pendek di aplikasi TikTok dengan kapsyen ‘The Penthouse Malaysia’ telah menarik perhatian dan menimbulkan tanda tanya netizen.
Video yang disertakan dengan coretan ‘stay tuned’ itu juga turut disertakan dengan hashtag Jesnita.
Lebih menguatkan spekulasi apabila video itu juga merakamkan pelakon-pelakon hebat antaranya Nasha Aziz, Rozita Che Wan, Fathia Latiff dan Intan Najuwa.
Masing-masing kelihatan begitu cantik dan classy dengan menggayakan busana hitam sambil melakukan mimik wajah seolah-olah in character.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sekiranya ia merupakan paparan teaser untuk adaptasi drama Penthouse versi Malaysia atau pun tidak.
undefined
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen sudah mula pelbagai reaksi positif dan tidak kurang juga sudah mula meneka watak yang akan dibawakan pelakon-pelakon berkenaan sekiranya naskhah itu benar-benar dilaksanakan.
“Fathia - Oh Yoon Hee, Che Ta - Su Ryeon, Nasha Aziz - Cheon So Jin, Intan - Bae Ro Na, yang pelakon baru tu mungkin Eun Byeol, teori aku la,” tulis @aishaz96
“Mesti Che Ta jadi Shim Su Ryeon. Nasha jadi So Yeon, Intan Najwa anak dia. Fathia jadi Oh Yoon Hee lepas itu sorang lagi tu Rona,” teka @wanayu
Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.
Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.
Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.
Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).
Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera.