“Orang lama ni boh”

Begitu reaksi seorang wargamaya selepas menyaksikan video yang memperlihatkan pelakon Ebby Yus membuka langkah seni silat di hadapan orang ramai.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik pengguna TikTok, @mrr777shz, memperlihatkan Yus atau nama asalnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 57, sedang mengenakan pakaian berwarna hitam sambil fokus mempersembahkan aksi seni silatnya.

Ternyata, wargamaya yang singgah ke ruangan balas, seakan terkejut dan terpukau dengan aksi silat yang dipersembahkan aktor itu.

@Mohdmaszelan_2 : “Ini baru icon, steady orang lama.”

@AzrinRashid : “Antara pelakon yang serba boleh, respect otai.”

@Wakgarage84 : “Penuh penghayatan, terbaik otai abang Ebby Yus.”

Sementara itu, turut dilihat sekumpulan pesilat lain dalam video tersebut berada berdekatan Yus memberikan tepukan kepadanya.

Difahamkan, video tersebut dirakam ketika Yus berada di pusat latihan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Kebangsaan.

Untuk info, Yus mempunyai kemahiran bersilat dan pernah membintangi sebuah siri drama pendekar yang berjudul Keris Hitam Bersepuh Emas yang ditayangkan sekitar tahun 1990 hingga 2000.

@mrr777shz Idola Ebby Yus ?? Baru buka bunga?meremang tgk? #fypシ #tiktokviral #silat #pesilat #ebbyyus ♬ Remember the Name (feat. Styles of Beyond) - Fort Minor

Sehingga kini, perkongsian tersebut menerima lebih 200 ribu tontonan dan 13 ribu tanda suka.