Laman Utama
[VIDEO] Panggil Nama Arwah Berkali-Kali, Video Anak Abam Bocey Undang Sebak Wargamaya
Mengundang rasa sebak wargamaya apabila anak kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Syed Uthman Hamzah, 3, memanggil nama ayahnya berulang kali.
Menerusi video yang dimuat naik isteri kepada arwah Abam, Nor Hidayah di Instagram, memperlihatkan anaknya itu sedang menyusun gambar kedua ibu bapanya ke dalam dompet sambil memanggil arwah dengan panggilan ‘ayah’ berkali-kali.
Pada perkongsian tersebut, turut menyaksikan anak kecil itu bijak membezakan wajah ibu dan ayahnya di dalam gambar sambil menyanyi keriangan dan ditemani ibunya disisi.
Menjengah ke ruangan balas, ramai wargamaya yang turut berasa sebak dengan perkongsian tersebut.
Malah ada juga yang memuji kebijaksanaan Hamzah dan mendoakannya menjadi seorang anak yang soleh.
@Nur_haridan: “Sebak dengar Hamzah sebut nama ayah, ayah Hamzah ramai orang sayang. Hamzah jaga ibu baik-baik tau, semoga jadi anak soleh.
@Sitizainabhamzah: “Hamzah anak soleh, belajar rajin-rajin nanti jaga ibu. Kena kuat selalu.
@Emira.88: “Sebaknya rasa, Hamzah anak baik,” antara komen ditinggalkan wargamaya.
Untuk info, arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan telah pergi menghadap ilahi pada tanggal 10 Februari 2020.
Abam dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2017 dan dikurniakan Hamzah sebagai cahaya mata sulung mereka pada Jun 2019.