[VIDEO] Panjang Betul Tajuk Lagu Baru Naim Daniel & Dolla; Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat
Amri Hassan
02/10/2022 07:50 MYT
02/10/2022 07:50 MYT
Kumpulan DOLLA yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel meluahkan rasa teruja apabila dapat berduet dengan pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Naim Daniel menerusi lagu Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat yang baru dilancarkan di kesemua platform digital pada 30 September 2022 lalu.
Lebih menarik, pelancaran single terbabit turut dilancarkan serentak dengan muzik video yang akan disiarkan secara rasmi di laman YouTube, DOLLA Official Vevo pada 30 September 2022, jam 11 malam.
Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat adalah lagu ciptaan Naim bersama Adib Hamdi sebagai percaturan baharu kumpulan DOLLA yang bakal membawakan lagu bergenre balada selepas kejayaan lagu pop mereka seperti Impikan, BAD dan Berani yang terbukti berjaya dan meraih jutaan tontonan di YouTube.

Bukan lagu cinta semata-mata
Menurut Sabronzo, lagu ini adalah sebuah karya yang bukan hanya mengisahkan tentang cinta semata-mata, malah setiap individu boleh mempunyai definisi tersendiri terhadap lagu terbabit.
“Lagu ini boleh dikatakan sangat jelas dan bukan hanya berkisarkan cinta. Walaupun lirik dan melodinya kedengaran ke arah itu, tetapi sesiapa saja berhak menentukan maksud lagu ini mengikut situasi yang sedang mereka hadapi.
“Namun mesej utama lagu ini adalah mengenai muhasabah diri di mana kita mengharapkan orang lain dapat merasai dugaan atau situasi yang sedang ditanggung. Saya akui lagu ini agak beremosi dan sedih.
“Walaupun lagu ini adalah sebuah karya yang berat untuk dibawakan kerana kali pertama juga kami memberanikan diri membawa genre sebegini, tapi kami bersyukur kerana dikelilingi oleh insan-insan hebat ketika proses rakaman dijalankan.
“Setiap anggota kumpulan DOLLA diberikan bahagian untuk dinyanyikan dan kami sama-sama membantu dalam memperkemaskan lagi lagu ini supaya menjadi hadiah yang indah buat peminat,”katanya.

Tabby puji Naim tak kedekut ilmu
Dalam pada itu, Tabby mengaku teruja apabila DOLLA diberi peluang bekerjasama dengan Naim, lebih-lebih lagi penyanyi berbakat besar itu tidak lokek berkongsi ilmu bagi ‘menghidupkan’ lagu berkenaan supaya dapat menyentuh emosi pendengar.
“Naim banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar bagi memenuhi ekspektasi yang diinginkan. Sebelum rakaman bermula kami akan meminta Naim untuk menyanyikan bahagian tertentu yang ingin ditekankan supaya peminat dan pendengar dapat menghayati lagu ini dengan penuh emosi.
“Selain bantuan Naim, kami juga diajar oleh Cikgu Shafi terlebih dahulu dalam memastikan setiap bait-bait lirik yang disampaikan mengikut melodi lagu ini selain mengajar kami untuk lebih menjiwai ketika proses rakaman,” katanya.

Naim kata ini lagu paling sedih pernah tulis
Sementara itu, Naim berkata, lagu yang ditulis sejak lebih setahun lalu itu diharapkan dapat diterima ramai memandangkan pendengar akan melihat sisi berbeza DOLLA.
“Mungkin ini adalah lagu paling sedih pernah saya hasilkan. Lagu ini mengisahkan semangat yang hilang terhadap sesuatu perkara terutama berkaitan cinta. Karakter lagu ini juga sedih dan pemilihan tajuk juga saya pilih paling mudah dan menangkap di jiwa pendengar.
“Lagu ini sudah ditulis lebih setahun setengah dan liriknya sangat mudah difahami setiap lapisan masyarakat. Lagu ini nak mengajak kita untuk sentiasa mengaku khilaf dan bagaimana nak luahkan sesuatu kepada orang. Saya gunakan bahasa yang sangat mudah dan bersesuaian dengan masyarakat sekarang.
“Pada awalnya lagu ini dicipta dan sesuai dibawakan oleh penyanyi lelaki tapi dalam masa sama saya rasa ada sesuatu yang boleh ditambah bagi memberi lebih warna. Tiba-tiba saya dapat ilham sekiranya lagu ini dibawakan secara duet oleh penyanyi wanita solo atau berkumpulan.
“Saya memilih DOLLA kerana kumpulan ini memiliki banyak kelebihan yang belum diterokai. Kita sering melihat DOLLA sebagai sebuah kumpulan urban dengan kelincahan aksi tarian mereka, tapi kali ini kita melihat sisi berbeza Dolla dalam membawakan lagu yang penuh emosi,”katanya.

Sisi berbeza DOLLA
Tambah Naim, bekerjasama dengan DOLLA tidak memberi sebarang cabaran kerana masing-masing memberikan sepenuh tumpuan terhadap karya itu.
“Mereka sangat ‘gila-gila’, baik dan energetik. Saya tiada berdepan sebarang kesukaran untuk kerjasama ini kerana sepanjang proses rakaman dan penggambaran muzik video kami bukan seperti sedang bekerja, lebih kepada berseronok dengan kerja yang dibuat.
“Alhamdulillah lagu ini dapat disampaikan dengan baik. Saya berterima kasih kepada setiap ahli kumpulan DOLLA kerana berjaya meletakkan justifikasi yang baik terhadap lagu ini. Saya harap pendengar akan menyukai dan menikmati lagu ini nanti,” katanya.
Ditanya mengenai penghasilkan muzik video, Syasya memberitahu sesi penggambaran dijalankan di Pulau Indah, Klang dan proses mengambil masa kira-kira 16 jam untuk disiapkan.
Muzik video ini juga diarahkan oleh Chuan Looi yang baru sahaja memenangi kategori Muzik Video Terbaik di AIM23 baru-baru ini.