Laman Utama
[VIDEO] Pegang Al-Quran, Aaron Aziz Dedah Cerita Sebenar Isu Dengan Syamsul Yusof - “Bila Kau Tak Nak, Kau Buang Aku...”
Pelakon Datuk Aaron Aziz akhirnya tampil membidas kenyataan pengarah Syamsul Yusof mengenai punca dia digugurkan dari membintangi filem Original Gangster.
Aaron menerusi video yang dimuat naik di Instagram berkata Syamsul sudah mengetahui masalah kesihatannya selepas datang rumah beberapa untuk berbincang mengenai filem itu pada tahun lalu.
“Kronologi bermula 2021, dah block tiga bulan untuk KL Gangster tapi tak jadi. 2022 kau datang rumah aku tiga kali, nak berbual pasal cerita lain, cerita yang kau tengah buat ini.
“Kau datang rumah aku tiga empat kali, kita bincang… kau jangan nak menipu kata tak tahu aku ada problem leher! Kau dah tahu! Tapi kau cakap aku punya scene fighting tak banyak.
“Aku dengan pelakon lain, banyak guna pistol. Aku start balik training… setiap hari training, setiap minggu tiga empat kali training dalam masa dua jam,” kata Aaron.
Pada video yang sama, Aaron turut memberitahu dia hanya mengetahui mengenai penglibatannya dalam babak berlawan selepas diminta datang untuk berjumpa koreografi.
Malah, Aaron juga berjaya menurunkan berat badannya sebanyak sembilan kilogram atas permintaan Syamsul yang mahu dia mengubah fizikalnya menjadi lebih kecil.
“Aku dapat mesej daripada produksi yang suruh datang untuk koreografi. Aku dapat tahu, hanya aku seorang banyak scene fight. Sebelum koreografi, aku dah pergi training.
“You know how tired, empat jam dalam sehari. Setiap hari, aku beritahu penerbit dah burn 1000 kalori. Kau mesej bagi gambar, nak aku badan macam ini.
“Aku reply balik, kalau badan macam ini kena cucuk. Kau cakap apa, pergilah cucuk. Berapa banyak aku dah cucuk. Dari 99 kilogram, sekarang dah 90 kilogram,” ujarnya.
Dalam pada itu, Aaron juga meluahkan rasa berang apabila Syamsul enggan bertemunya biarpun sudah diajak beberapa kali.
“Producer dah suruh kau datang jumpa aku untuk tengok betul ke aku dah kurus. Tapi kau tak nak jumpa aku. Aku ajak jumpa, kau tak nak. Ingat kau tak nak jumpa aku!
“Bila kau nak, kau datang rumah aku cara baik. Bila kau tak nak, kau buang aku macam sampah. Ajak jumpa untuk tengok badan dah kurus. Aku cucuk hari-hari macam orang gila… sakit!” tegasnya.
Must-Watch Video