Laman Utama

[VIDEO] “Pegang Sudu Terjatuh, Menangis-Nangis, Mulut Berbuih…”- Abang Hidayah Dedah Hamzah Disihir Sejak Bayi

gempak
Mya Amri
05/04/2023
02:15 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] “Pegang Sudu Terjatuh, Menangis-Nangis, Mulut Berbuih…”- Abang Hidayah Dedah Hamzah Disihir Sejak Bayi
Abang kepada balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah iaitu Mohd Azmier Zmier mendakwa anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey menjadi mangsa sihir sejak bayi.
Menggelarkan dirinya sebagai Ayah Jang, Azmier menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya mendedahkan Hamzah menderita akibat diganggu setiap malam.
Malah hantaran yang dimuat naik bersama video itu juga turut merakamkan tangan Hamzah yang lemah dan tidak kuat untuk memegang sudu ketika makan.
“Hidayah Hamzah mana tak sedih tengok keadaan ucuk biasa tangan kanan sihat sekarang nak makan pun pegang sudu terjatuh.
“Hilang selera ayahjang tengok keadaan ucuk kesayangan ayahjang, sanggup kau buat anak ayah...
“Sabar ya sayang, ayahjang akan usaha sihatkan ucuk untuk ucuk sihat boleh menulis dan melukis memegang macam biasa... Orang yang sihir anak ayahjang ni akan terima balasan Allah,” jelasnya. Dalam pada itu, Azmier juga mendakwa Hamzah melakui banyak penderitaan akibat disihir selepas Abam meninggal dunia pada Februari 2020.
“Banyak penderitaan kau buat pada ucuk aku sejak ayah dia meninggal, dari dia baby kau sihir ganggu dia setiap malam sampai dia tak lena tidur.
“Menangis-nangis sampai tidur dia tak lena kau sihirkan, sampai dah besar sikit ni pun kau masih sanggup lagi hantar sihir sampai Hamzah asyik keluar masuk hospital.
“Aku tak penah nak update pasal ucuk aku sebab aku takut kau akan hantar lagi jahat untuk sakitkan dia sampai doktor sendiri tak dapat tahu apa masalah sakit hamzah,” jelasnya.
Tambahnya lagi, keadaan Hamzah juga agak teruk selepas disihir antaranya berbuih mulut.
“Apa ucuk aku buat pada kau! Apa dosa dia pada kau! Sanggup buat dia mcm ni, aku dah tak sanggup tengok keadaan ucuk aku kau asyik hantar hantar sihir.
“Budak ni sihat je, kau hantar lagi sihir dan cuba nak sakitkan urat saraf ucuk aku, sampai berbuih mulut dia kau buat.
“Sekarang aku dah tak boleh tahan dengan kau, kau sanggup buat pada budak. Budak bukan lawan kau! Mari sini, belawan dgn aku!
“Aku mohon pada Allah supaya perawat-perawat islam, pakar-pakar perubatan dapat sembuhkan Hanzah dan terungkailah siapa orang yang menyihir Hamzah dan Hidayah selama ini.
“Ya Allah kau tunjukkan jalan dan kau tunjukkanlah semuanya. Amin,” dedahnya.
Terdahulu, Hidayah mendakwa dirinya terkena perbuatan sihir sejak Abam meninggal dunia.
Tidak hanya dirinya, Hidayah juga mengatakan perbuatan sihir itu turut terkena kepada anaknya. Disebabkan itu dia memohon bantuan orang ramai agar dapat mencari pakar perubatan Islam untuk merawat mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024