Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Pekerja Kedai Makan Asam Pedas Mirip Pelakon Elfira Loy, Netizen – “Memang Ada Iras”

Shahrin Zulkifle
06/09/2022 08:00 MYT
Tular sebuah video di TikTok apabila netizen menyamakan wajah seorang pekerja kedai makan dengan pelakon Elfira Loy.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik pengguna @nrl.syaqilah, dia terkejut apabila gadis yang menghantar pesanan makananya mirip aktres tersebut.

“Semalam saya makan dekat kedai satu ini, lepastu muka adik ni… Eh sama macam Elfira Loy lah” tulisnya pada video tersebut.

Dalam video tersebut, memperlihatkan wajah manis gadis itu yang mengenakan tudung bewarna ungu sambil mengukir senyuman ketika melayani pelangganya.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut menyatakan hal yang sama.

“Sama macam Elfira Loy, kedai dekat mana ni?.

“Ni kedai makan asam pedas Pak Man, memang muka budak tu sebiji macam Elfira Loy.

“Tengok memang ada iras Elfira Loy,” antara komen wargamaya.

Malah, gadis tersebut yang bernama Arissa Azmir turut meninggalkan komen dengan berkata “Itu Saya”.

Difahamkan juga, kedai makan asam pedas tersebut terletak di negeri Melaka.

undefined
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima lebih 800 ribu tontonan dan 55 ribu tanda suka.

#Elfira Loy #Pekerja Kedai Makan Mirip Elfira Loy