Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Peminat Kaget Bunga Citra Lestari Dicium Penyanyi Baru Nak Up Atas Pentas, Netizen Serang Instagram Raynald Prasetnya

Shahrin Zulkifle
24/08/2022 10:00 MYT
Tular sebuah video menyaksikan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dicium oleh seorang penyanyi baharu Indonesia, Raynald Prasetya ketika sedang membuat persembahan pada konsert ‘Blossom’ siri jelajah antarabangsa di Singapura minggu lalu.

Video yang dimuat naik media tempatan Indonesia di laman Twitter @detik.com itu telah menimbulkan rasa kurang senang peminat dari Indonesia mahupun Malaysia.

Menerusi video tersebut, mereka berdua ketika itu sedang membawakan lagu duet popular nyanyian asal BCL dan Ari Lasso berjudul Aku Dan Dirimu.

Bagaimanapun, tidak menjangka apabila Ray telah meminta isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair untuk toleh ke belakang sebelum dia mengambil kesempatan untuk mengucup bahagian pipi BCL.

Dalam pada itu, BCL yang ketika itu kelihatan terkejut dengan tindakan Ray, telah menepuk belakang bahu penyanyi lelaki tersebut sambil tertawa.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak hanya tular di Twitter, video tersebut turut dikongsi beberapa pengguna laman sosial lain seperti TikTok.

Video asal persembahan tersebut telah dimuat naik oleh pengguna TikTok @kitecedihh dan kemudiannya dikongsi semula oleh beberapa pengguna laman tersebut seperti akaun @bcl.lyrics, yang menyaksikan netizen seakan tidak senang dengan tindakan Ray dan mengatakan perbuatan tersebut kurang sesuai untuk dipamerkan di atas pentas umum.

Sementara itu, ruangan komen akaun Instagram Ray turut diserang oleh netizen Indonesia.

Namun, sehingga kini tiada sebarang penjelasan berkenaan isu yang sedang tular itu dari kedua-dua belah pihak penyanyi tersebut.

undefined
#Viral #Bunga Citra Lestari #Raynald Prasetnya