Laman Utama

[VIDEO] Pengantin Kecewa Gambar Kahwin Diambil Jurugambar Percuma Di Bizmilla ‘Hauk’… Ini Jawapan Mila Jirin; “Ada Momen Cantik, Kenapa Tak Masukkan?”

gempak
Asyikin Mayudin
24/10/2022
08:55 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Pengantin Kecewa Gambar Kahwin Diambil Jurugambar Percuma Di Bizmilla ‘Hauk’… Ini Jawapan Mila Jirin; “Ada Momen Cantik, Kenapa Tak Masukkan?”
Tular video seorang pelanggan syarikat Bizmilla Wedding Centre meluahkan rasa kecewa dengan khidmat fotografi percuma yang diberikan oleh pihak penguruskan perkahwinan itu di TikTok.
Susulan dari itu, pemilik Bizmilla iaitu penyanyi Mila Jirin tampil menjelaskan mengenai luahan individu tersebut yang tidak berpuas hati dengan gambar-gambar diambil jurugambar yang disediakan pihaknya.
“Ada isu viral di TikTok berkaitan Bizmilla dan juga satu wedding ini. Jadi, saya terpanggil untuk memberikan kenyataan balas. Pada awalnya saya tak nak beri apa-apa statement.
“Tapi ramai pula duk tag saya di komen beliau, jadi saya kena habaq (beritahu) cerita sebenar agar semuanya jelas. Yang pertama, memang di Bizmilla, kami membekalkan pakej perkahwinan lengkap, satu premium dan satu lagi basic.
“Yang kedua memang dalam pakej itu kami berikan percuma, sesi fotografi dan videografi sepanjang majlis. Kami dah nyatakan fotografi dan videografi sepanjang majlis untuk capture semua momen termasuk ahli keluarga.
“Selain posing momen selepas majlis dan sebagainya. Gambar yang diberikan kebiasaannya 500 keping dan keatas. Sudah semestinya ada momen tengah jalan dan tak betul akan dirakam juga.
“Yang tu kita panggil momen dan kami Bizmilla tak pernah kata ‘oh tak boleh nak hire OP sendiri’. Kalau ada guna perkhidmatan Bizmilla, kami bantu beri percuma sesi itu. Kalau rasa nak hire OP sendiri silakan, tak ada siapa nak halang,” tegasnya.
@milajirin_bizmilla
Saya ingin menjelaskan …. Sebab ramai DM saya dan cakap macam macam …
♬ original sound - MILA JIRIN
Menjelaskan lebih lanjut lagi, Mila berkata dia sendiri sudah melihat hasil gambar yang diambil oleh jurugambar tersebut dan terdapat banyak momen cantik yang tidak dikongsikan individu tersebut.
“Gambar-gambar yang kami masukkan sosial media Bizmilla, itu adalah hasil kami sampaikan kepada pelanggan, tak ada hidden agenda. Semua diberikan secara jelas.
“Tak ada nak beritahu kami ini the most professional photographer. Semua freelance yang kami hire untuk cover sepanjang majlis. Pada majlis yang viral baru-baru ini yang mention tentang hasil mereka terima, saya dah check dengan pihak saya.
“Pakej yang dia ambil adalah basic, RM15,000 lebih untuk 300 pax termasuk dengan makanan, persiapan dewan, bridal, semua la kelengkapan majlis yang kami sediakan.
“Kami tak nak isu kan benda itu… saya dah tengok gambar-gambar beliau, dalam 500 lebih gambar bukan semua yang seperti yang beliau masuk dalam laman sosial beliau.
“Boleh lihat ada gambar-gambar momen cantik, tapi kenapa tak nak masukkan? Kenapa tak nak viralkan? Kenapa nak masuk gambar tak ready yang tengah jalan dan cakap?” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live