Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO]: “Pengawal Kena Tenangkan, Berpusu Nak Cium Hajar Aswad”- Awal Ashaari Kongsi Pengalaman Umrah

Mya Amri
16/02/2023 08:18 MYT
Pelakon, Awal Ashaari yang kini berada di tanah suci berkongsi pengalaman ketika menunaikan ibadah umrah.

Menurut Awal, antara perkara mencabar dilihatnya adalah sewaktu pengawal cuba mengawal para jemaah yang berpusu-pusu mahu mencium Hajar Aswad.

“Sebelum masuk setiap waktu solat, tugas paling mencabar ialah nak clear kan jemaah dari sekeliling Kaabah dan di Hajarul Aswad.

“Bayangkan pengawal kena tenangkan semua orang yang berpusu pusu nak rebut peluang nak cium Hajar Aswad tu.

“Ada yang dengar cakap, banyak lagi yang keras kepala. Bila dah bersurai, sepanjang kita solat, they cant join the prayer but to guard the corner and make sure take sesiapa yang lolos.

“Lepas Imam bagi salam je, semua meluru sambung balik usaha nak rebut peluang cium hajar aswad, berdoa di multazam mahupur disekeliling Kaabah,” kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, Awal juga mengagumi tanggungjawab dan kerja ikhlas yang dilaksanakan oleh pengawal bertugas.

“Bayangkan mereka kena mengulang proses itu sebanyak lima kali sehari? Walaupun penat, saya masih rasa mereka mempunyai kerja paling terbaik di dunia.

“Tengok Guard yang tengah cover Hajar Aswad pakai lengan tu… Siapa je yang dapat keistimewaan macam tu?” coretnya.

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Terdahulu, Awal dan isterinya iaitu aktres Scha Al-Yahya berada di Makkah sejak 12 Januari lalu untuk menunaikan ibadah umrah.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Scha Al-Yahya #Awal Ashaari #Umrah #Makkah #Tanah suci #Hajar Aswad
;