,
Bollywood

[VIDEO] Penyanyi Bollywood Sahut Cabaran, Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza Ketika Konsert Di Kuala Lumpur!

Amri Hassan
24/02/2020
04:28 MYT
Penyanyi playback popular Bollywood, Shreya Ghoshal menyahut cabaran wartawan apabila menyanyikan lagu berbahasa Melayu pertama kali ketika konsertnya di Kuala Lumpur malam tadi.
BACA: "Ada Sebulan Lebih Nak Berlatih!" - Penyanyi Bollywood Shreya Ghoshal Teruja Nak Nyanyi Lagu Bahasa Melayu
Shreya menyampaikan lagu popular milik penyanyi nombor satu negara itu, Cindai dengan penuh bersahaja dalam rendisinya tersendiri.
"Ini lagu dari penyanyi popular di Malaysia, Siti Nurhaliza. Saya sangat terkesima apabila melihat beliau menyanyi dan saya cuba mempelajarinya sedikit sebanyak.
"Lagu itu sangat indah..., saya harap anda semua terhibur," kata Shreya malam tadi ketika konsert Shreya Ghoshal Live In Concert di Plenary Hall, KLCC.
Konsert yang berlangsung sekitar dua jam itu menyaksikan kehebatan Shreya melantunkan lebih 24 buah lagu-lagu popular sepanjang kariernya.
Shreya turut ditemani penyanyi playback Bollywood yang sedang meningkat naik, Tushar Joshi.
Pada konsert yang dihadiri lebih 3,000 pengunjung itu, Shreya membuai peminatnya dengan untaian lagu-lagu seperti Manwa Laage, Ghoomar, Ye Ishq Hai, Nagada Sang Dhol, Deewani Mastani, Tujh Mein Rab Dikhta Hai, Pinga, Sun Raha Nai Na Tu, Dhadak
Untuk rekod, Shreya pernah menjadi penyanyi playback untuk filem-filem popular antaranya Devdas, Bajirao Mastani, Padmavat, Happy New Year dan banyak lagi.
Shreya yang sudah merakamkan lebih 300 buah lagu itu terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana penyanyi dari Malaysia.
"Saya sebenarnya teruja sekiranya ada penyanyi hebat dari Malaysia yang mahu berkolaborasi dengan saya suatu hari nanti," tambahnya.
Terbukti lagu Cindai juga sangat indah dinyanyikan dengan lenggok ala-ala Bollywood! Saksikan video penuh nyanyian Shreya di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Cipta Nama Di Luar Negara, Nasihat Siti Nurhaliza Buat Pelapis Baharu - “Selalu Juga Cabar Diri Dengan Cara Nyanyian Yang..”

gempak
21/11/2024
02:55 MYT
Menurut pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu, sekiranya mempunyai rezeki untuk melebarkan sayap ke negara luar mereka tidak seharusnya mensia-siakan peluang tersebut.
Hiburan

Pengurus Kongsi Reaksi Pertama Siti Nurhaliza Ketika Terima Berita Anugerah Biduanita Negara - “Saya Ambil Masa Empat Hari Untuk..”

gempak
16/11/2024
07:30 MYT
Pengurus kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak  berkongsi video reaksi pertama penyanyi itu ketika mengetahui bakal menerima Anugerah Khas Biduan Negara.
Hiburan

Gadis Kampung Lipis Ke Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Tak Sangka Boleh Bertahan - “Sabar Anda Berbaloi”

gempak
16/11/2024
03:55 MYT
Penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini sendiri mungkin tidak percaya bahawa dia boleh bertahan dengan segala dugaan dunia hiburan sehingga menjadi seorang individu yang amat disegani ramai.
Hiburan

Siti Nurhaliza Syukur Terima Gelaran Biduanita Negara, Tiada Dalam Impian - “Bila Niat Kita Ikhlas Perkara Yang Bagus Akan….”

gempak
14/11/2024
12:55 MYT
Menurut penyanyi nombor satu negara itu, beliau percaya apabila seseorang itu mempunyai niat yang ikhlas pasti perkara-perkara baik akan datang kepadanya.
Hiburan

Dianugerahkan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Zahirkan Rasa Syukur - "Ini Lambang Penghargaan Semua Insan Seni Tanah Air"

gempak
13/11/2024
15:27 MYT
Dalam satu kenyataan media, pelantun yang popular dengan lagu Aku Cinta Padamu itu berkata beliau tidak melihat anugerah itu sekadar pengiktirafan kepada pencapaian kerja seninya semata-mata.
Unitar