[VIDEO] Penyanyi Playback Bajrangi Bhaijaan, Jubin Nautiyal Bikin Konsert Di Malaysia Ogos Ini!
Amri Hassan
28/07/2022 22:55 MYT
28/07/2022 22:55 MYT
Penyanyi playback Bollywood popular, Jubin Nautiyal bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2022 sempan Jubin Nautiyal: Live In Malaysia di Plenary Hall, KLCC.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, pihaknya teruja untuk membawakan bintang yang sedang meledak ketika ini ke Malaysia.
"Kami sangat teruja untuk membawakan anda bintang playback Bollywood paling popular masa kini iaitu Jubin Nautiyal dalam sebuah konsert istimewa hanya untuk satu malam.
"Setelah mengumumkan konsert ‘Bunkface! 15 Years Of Korang’ tempoh hari, kami tidak membuang masa untuk merancang aksi muzikal yang seterusnya," ujarnya.
Hitman Solutions yang ditubuhkan kira-kira 15 tahun lalu bertanggungjawab menganjurkan konsert berskala besar dengan membawakan artis tempatan mahupun antarabangsa seperti Shah Rukh Khan, Arijit Singh, Shreya Ghosal dan ramai lagi.
"Memandangkan tahun 2022 adalah tahun yang membawa sinar dan harapan buat penggiat industri muzik secara global, kami menggunakan kesempatan ini untuk mengembalikan semula penganjuran konsert-konsert Bollywood buat peminat di Malaysia.
"Sebagai permulaan, Jubin Nautiyal adalah pilihan kerana keunikan suaranya yang sangat versatil dalam menyanyikan lagu-lagu berentak pop, rock dan soul, selain bertindak sebagai penyanyi playback (latar) dalam kebanyakan filem-filem pecah panggung Bollywood, dan lagu-lagu nyanyian beliau juga turut viral digunakan di aplikasi TikTok dan juga Instagram," tambahnya.
Kehebatan Jubin Nautiyal sememangnya tidak dapat disangkal lagi melalui pencapaiannya yang membanggakan dalam industri muzik di India dengan merangkul pelbagai anugerah dan pengiktirafan di majlis-majlis berprestij seperti ‘Upcoming Male Vocalist of The Year’ di Mirchi Music Awards 2015, ‘Best Singer’ di ITA Awards 2017 dan terbaharu, ‘Best Male Playback Singer’ di IIFA Awards 2022.
Konsert Jubin Nautiyal: Live in Malaysia ini turut mendapat sokongan dari Tourism Malaysia, dengan kerjasama dari syarikat pengurusan artis, Milestone Entertainment, rakan hospitaliti, Kuna KL dan Clifftop Group Asia serta rakan media atas talian, Varnam MY.
"Pengunjung konsert bakal menyaksikan aksi bertenaga dan memukau selama 2 jam tanpa henti pada malam konsert itu dengan kurang lebih 20 lagu yang akan dipersembahkan oleh Jubin sendiri. Seramai 15 pemuzik profesional akan mengiringi sepanjang persembahan.
"Selain menjanjikan persembahan yang mantap, ada kejutan yang bakal disaksikan oleh kesemua yang hadir, jadi kalau hendak tahu apakah ia kenalah beli tiket sebelum kehabisan," jelasnya.
Selain menghiburkan, tujuan utama konsert ini diadakan adalah sebagai salah satu inisiatif dalam membangunkan industri seni tempatan yang terhenti gara-gara pandemik COVID-19 dan secara tidak langsung dapat membantu pertumbuhan industri pelancongan di Malaysia.
"Kami menjangkakan penonton yang bakal hadir bukan dari warga negara Malaysia sahaja bahkan Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand yang merangkumi pelbagai bangsa dan peringkat umur yang rata-ratanya adalah peminat Bollywood yang tegar.
"Kami berharap agar pembeli tiket akan berhibur, menari dan menyanyi bersama-sama Jubin. Semoga konsert ini dapat menjadi kenangan manis dan memori indah buat kesemua pengunjung yang hadir," katanya.
Sebagai makluman, 45% tiket telah pun terjual dalam masa 24 jam pada hari pertama penjualannya dan sedang terjual dalam kadar yang segera. Bagi yang masih belum mendapatkan tiket Jubin Nautiyal: Live in Malaysia, dapatkan tiket anda di www.hitmanlive.com dengan segera.
Untuk sebarang maklumat & pertanyaan berkenaan konsert, sila hubungi Mr. Keeran (Hitman Solutions) di talian 012-887 0669.