Hiburan

[VIDEO] Persembahan Remaja Autism & Buta Ini Kejutkan Empat Juri, Selayaknya dapat Golden Buzzer!

gempak
Azwa Rahman
30/05/2019
09:42 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Persembahan Remaja Autism & Buta Ini Kejutkan Empat Juri, Selayaknya dapat Golden Buzzer!
Seorang remaja Autism dan buta, Kodi Lee, mengejutkan empat juri dan semua penonton America’s Got Talent (AGT) dengan persembahannya malam tadi.
Ditemani ibunya, Lee, 22, melangkah ke tengah pentas AGT dan diiringi ke piano untuk mempersembahkan sebuah lagu indah, A Song for You oleh Donny Hathaway.
Menurut ibunya, Tina Lee, “Kodi menghidap penyakit Austism dan dia juga buta, jadi susah untuk buat apa yang orang biasa buat. Tapi bila Kodi mendengar muzik untuk pertama kalinya, ia merubah hidupnya.
“Saya sedar yang dia seorang penghibur. Melalui muzik, dia berada dalam dunianya sendiri. Muzik menyelamatkan hidup Kodi.
Disaat Lee mula menyanyi, juri Simon Cowell terkesima dan persembahannya turut menyentuh hati juri Julianne Hough sehingga membuatkan dia menangis.
“Saya akan mengingati momen ini sepanjang hidup saya”, jelas Cowell ketika memberikan komn pada persembahan Lee.
Persembahan ikhlas dan luhur dari Lee turut membuatkan juri Gabrialle Union memberikan ‘golden buzzer’ kepadanya, membuatkan seluruh dewan gamat dengan sorakan dan tangisan.
AGT membuka tirai dengan musim ke-14 bersama dua juri baru iaitu Gabrielle Union, Julianne Hough dan dua juri lama Simon Cowell dan Howie Mandel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live