[VIDEO] Proses IVF Isteri Achey Gagal, Rakan Selebriti Titip Kata-Kata Semangat - “InsyaAllah, Satu Hari Nanti Terjawab Segala Doa”
Tiada kata yang dapat digambarkan apabila pelawak Achey berkongsi berita duka mengenai keputusan proses persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalani isterinya, Nur Hasanah Yahaya.
Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, Achey memaklumkan biarpun proses yang dilakukan isterinya itu gagal namun dia tetap bersyukur dan reda dengan keputusan itu.
“Syukur Alhamdulillah… reda. @Anne_achey please comeback stronger (tolong kembali lebih kuat),” tulis Achey secara ringkas.
Video pendek itu memperlihatkan Hasanah atau mesra disapa sebagai Anne yang duduk di kerusi roda memeluk erat Achey yang kelihatan tenang.
Rata-rata netizen dan rakan selebriti seperti Shiha Zikir, Sheila Rusly, Zizan Razak, Adira Suhaimi, Syura, Zulin Aziz serta Fendy Bakry memberi kata-kata semangat kepada pasangan itu.
“Kuat ok. Perancangan Allah tu sangat indah. Insya-Allah, satu hari nanti terjawab segala doa-doa. Masa tu kita rasa indah sangat sebab dah sabar dengan ujian.
“Dalam ujian Allah nak bagi hadiah. Hadiah tu hadiah istimewa buat insan hebat yang sabar dan sentiasa bersyukur. MashaAllah,” komen Zulin Aziz.
Pada 9 Disember lalu, Achey berkongsi perkembangan IVF ketika itu sudah melalui proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan.
Untuk info, Achey dan isteri mendirikan rumah tangga pada 2011 dan mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia empat tahun.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.