Pendakwah bebas PU Syed memohon pihak berwajib untuk menyekat tayangan filem berjudul Pulau yang dijadual bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada Mac depan.

Ini kerana, Syed menjelaskan filem tersebut mengandungi banyak adegan yang kurang sesuai dipertonton kepada umum selain barisan pelakon yang mengenakan pakaian mencolok mata dalam filem berkenaan.

“Dikatakan filem ini ada adegan-adegan yang tidak elok dipertontonkan dan gaya pemakaian pelakon yang mencolok mata kemudian diterbitkan di Malaysia.

“Saya minta pihak berkuasa seperti Finas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan mana-mana pihak yang boleh menepis filem ini daripada ditayangkan di panggung wayang, tolong tapis.

“Sekiranya ia tidak mendatang manfaat kepada masyarakat terutama umat Islam, tolong batalkan tayangannya pada bulan Mac. Lagi-lagi dekat dengan bulan Ramadan. Cepat-cepat kita sekat sebelum menular.

“Cukup-cukup la peluang diberikan kepada filem-filem lain yang tak mendatangkan manfaat kepada masyarakat dan negara,” kongsi menerusi satu hantaran video di laman TikTok.

@pu_syedofficial

Mohon pihak berwajib dan yg berkaitan agar meniliti filem ini kerana banyak adegan dan gaya pemakaian yg sgt teruk!! Jika terlalu melampau, sekat dari ditayangkan!

♬ Munajat - DAQMIE

Menjengah ke ruangan balas, ramai wargamaya yang turut bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Syed.

“Itulah, mula-mula tengok trailer ingat cerita Indonesia, rupanya Malaysia. Terkejut campur sedih, kecewa dan marah,” kata seorang warganet.

“Baru lalu fyp TikTok semalam, mengucap, sedih tengok,” komen seorang warganet.

“Setuju, filem ini pemakaian dia terlalu mencolok mata, walaupun ada yang bukan Islam berlakon,” kata seorang netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.