Laman Utama
[VIDEO] Puji Keberanian Sertai Program Nyanyian, Netizen Nasihat Mona Allen Untuk Fokus Lakonan - “Kalau Begini Pun Boleh Bertanding Maka…”
Video memperlihatkan pelakon Mona Allen menyanyikan lagu Rindu Padanya nyanyian asal penyanyi Camelia di program realiti baru-baru ini menarik perhatian netizen di laman sosial.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @f8buzz, rata-rata netizen berasa ‘terkejut’ dengan nyanyian daripada Mona dan menganggap pelakon itu hanya fokus untuk berlakon sahaja.
“Focus kat belakon saja. Sama kalau aku menyanyi bunyi macam ni juga tu yang aku focus kat jual tudung, kaftan dan sambal goreng pengantin.
Advertisement
“Kalau begini pun boleh bertanding maka aku pun kena yakin la suara aku pun sedap.
“Adoi, sedap lagi suara aku… bezanya aku low confident, dia high confident,” komen beberapa netizen.
Bagaimanapun terdapat segelintir netizen yang memuji keberanian isteri kepada aktor dan pengarah Pekin Ibrahim itu serta menganggap aktres itu mungkin dalam keadaan gementar ketika itu.
“Oklah… janji dia berani mencuba dari asyik nak mengecam. Keberanian tu, keyakinan sebab ni pertandingan lawan sesama pelakon bukan penyanyi.
“Rasanya dia gementar… lepas tu lagu ni susah nak bawa. Aku pun terkucil kalau lagu ni. Tengok minggu depan ok tak.
“Tabik sebab dia berani walau dia bukan penyanyi... semangat dia tu yang bagus,” komen mereka.
@f8buzz Siapa tahu @Mona Allen boleh nyanyi sebelum ni? ? Bawa lagu #camelia, Rindu Padanya di minggu pertama Mic On! Selebriti #f8buzzhiburan #micon #miconselebriti #monaallen ♬ original sound - F8Buzz
Must-Watch Video