[VIDEO] Raffa Affar Ambil Serius Kritikan Kononnya 'Rosakkan' Lagu Cover - "Sumpah Saya Suka Lagu-Lagu Malaysia"
Shahrin Zulkifle
21/07/2022 14:30 MYT
21/07/2022 14:30 MYT
Penyanyi muda yang sedang membina nama, Raffa Affar tidak menyangka namanya bakal diterima baik oleh peminat di Indonesia malahan juga Malaysia.
Kata penyanyi berusia 20 tahun itu, dia bersyukur dengan peluang dan ruang yang telah diberikan oleh syarikat rakaman yang melihat bakatnya itu.
“Pada mulanya saya hanya bermain gitar dan bernyanyi secara suka-suka sebelum memuat naik di Youtube.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada yang suka dan seterusnya saya dilamar oleh syarikat rakaman untuk lebih serius lagi.
“Pihak rakaman minta saya buat cover lagu original kepada versi saya sendiri, tanpa disedari menjadi viral” katanya.
Raffa berkata demikian ketika menjadi tetamu secara atas talian dalam program popular MeleTop, pada Selasa lalu.
Diminta mengulas isu nyanyian lagu Tiara yang dipopularkan kumpulan Kris, Raffa mengganggap teguran netizen adalah bertujuan untuk memperbaiki dirinya.
“Saya sangat suka dengan lagu-lagu Malaysia, dengan liriknya yang ada unsur-unsur melayu, sumpah saya suka sangat.
“Berkenaan kritkan pula, pada saya itu mungkin untuk membuat saya lebih baik lagi dan saya tidak akan mengambil krit itu sebagai suatu yang serius.
“Kepada rakyat Malaysia, terima kasih yang sudah menyokong saya selama ini,” tambahnya ringkas.
Selepas kejayaan single sulungnya berjudul Cinta Sampai Mati, Raffa tampil dengan buah tangan keduanya dengan menyanyikan semula sebuah lagu balada malar segar berjudul Tiara nyanyian kumpulan rock tanah air, Kris.
Terdahulu, nama Raffa mulai tular selepas single sulungnya berjudul Cinta Sampai Mati ciptaan Ayu Rizki Yani tular di suluruh platform media.
Cinta Sampai Mati menyampaikan mesej tentang cinta mendalam kepada kedua ibu bapa yang masih ada mahupun telah tiada, keluarga dan pasangan.