Berita
[VIDEO] Raja Permaisuri Agong Sebak Menjelang Istiadat Pertabalan Pada 30 Julai Ini
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sebak menjelang Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.
Raja Permaisuri Agong tidak dapat menahan air matanya dari mengalir kerana sebak apabila kerana mengingati Almarhum Ayahdanda dan Bondanya.
Raja Permaisuri Agong berkongssi rasa hiba apabila Almarhum Ayahdanda dan Bondanya tidak sempat menyaksikan detik bersejarah itu.
Video luahan hati Raja Permaisuri Agong itu dipaparkan secara eksklusif menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh pereka fesyen terkemuka, Datuk Rizalman Ibrahim.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berkongsi rasa sedih dan mendoakan agar Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 berjalan lancar.
Ada juga netizen yang turut mengucapkan terima kasih kepada Rizalman kerana berkongsi video eksklusif ini.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong bakal ditabalkan dalam Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.