Sepotong video rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan aksi dipercayai lelaki mirip Rizky Billar membaling bola snuker terhadap seorang wanita mirip Lesti Kejora tersebar di media sosial.

Rakaman bertarikh 29 Oktober 2021 itu memperlihatkan lelaki berkenaan yang memakai baju biru berdiri bersebelahan meja snuker di tepi kolam renang.

Kemudiannya, lelaki terbabit mengambil bola snuker dari meja dan membaling ke arah wanita terbabit, namun ia tersasar.

Dia kemudiannya mengambil semula bola itu dan melempar ke arah kolam renang sambil disaksikan beberapa individu lain di kawasan terbabit.

@satrio.imanuel Sumber: Detik #RizkyBillar #LestiKejora ♬ Creepy horror sound - TOKU SPACE MUSIC

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.