Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Rakan Dedah Momen Terakhir Farah Kartini, Lambaian Terakhir Buat Ramai Sebak - "Tak Percaya Ayat Terakhir Awak Untuk Kami"

Gempak
16/07/2024 10:55 MYT
[VIDEO] Rakan Dedah Momen Terakhir Farah Kartini, Lambaian Terakhir Buat Ramai Sebak - "Tak Percaya Ayat Terakhir Awak Untuk Kami"

Rakan kepada wanita yang dipercayai dibunuh, Nur Farah Kartini berkongsi sebuah rakaman video yang memaparkan momen terakhir Nur Farah bersamanya.

Lambaian Terakhir

Menerusi muat naik rakan yang dikenali sebagai Yun Ahmad di TikTok, Nur Farah Kartini dilihat sedang berada di lapangan terbang.

Lebih menyedihkan, Nur Farah Kartini turut melambai ke arah rakan-rakannya dan mengucapkan selamat tinggal sebelum ke balai pelepasan.

Sedih dengan kehilangan tersebut, Yun reda dengan ketentuan Yang Maha Esa serta mendoakan Nur Farah.

“Kepulangan yang kami nantikan tapi Allah lebih sayang Farah untuk kembali kepadaNya.

“Tak percaya, ayat terakhir awak untuk kami, ‘bye Donny, Nani, Yuni..jumpa lagi, sayang korang.’

“Kami pun sayang kau Farah, tapi Allah lebih sayangkan kau. Semoga ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman. Tunggu kami di sana. Al-Fatihah,” coret Yun.

undefined
Terdahulu, mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang, pada Isnin.

Susulan itu, polis menahan seorang suspek yang juga anggota polis berusia 26 tahun yang reman hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu. Kes disiasat mengikut 302 Kanun Keseksaan.

Minggu lalu, polis menerima laporan tentang kehilangan mangsa pada Rabu lalu jam 1.56 pagi selepas mangsa menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Pasal Lelaki Itu Saya Tak Tahu Apa-Apa" - Abang Farah Kartini

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat Hampir Reput, Nur Farah Kartini Dipercayai Sudah Meninggal Dunia Beberapa Hari - “Belum Dapat Dipastikan Kecederaan Yang Ada”

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Siasat Menyeluruh Motif Pembunuhan Nur Farah Kartini

ARTIKEL BERKAITAN: Berang Diugut Dedah Hubungan Sulit Dengan Isteri Disyaki Punca Nur Farah Kartini Dibunuh

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek Bunuh Farah Kartini Adalah Teman Lelaki, Seorang Anggota Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek Kes Kematian Nur Farah Kartini Direman 7 Hari

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat Farah Kartini Ditemui, Dipercayai Dibunuh Individu Dikenali

#Farah Kartini #Mati dibunuh #Rakan Farah Kartini #Suspek bunuh Farah Kartini