Pelakon Sharifah Sakinah tampil membidas komen biadab netizen yang mengkritik rambut anaknya, Anais Adha.

Kata Sakinah, individu yang mempertikaikan tekstur dan gaya rambut anaknya itu sebagai 'sakit'.

"You guys are sick!" tulis Sakinah ringkas dalam hantaran foto paparan skrin di Instagram.

Terdahulu, di TikTok tulis segelintir pengguna mengejek keadaan rambut Anais Adha dan ada menyamakan dengan mi.

Malah, Sakinah dalam hantaran video rambut anaknya sedang didandan oleh seorang penggaya rambut turut menyelar komen biadab netizen.

"But real talk let's discuss why people are shaming Anais for her beautiful Afro hair," tulis Sakinah.

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah)


Disember 2019 Sakinah pernah membotakkan kepala Anais Adha namun enggan mendedahkan punca sebenar tindakannya itu.

Ada yang menganggap Sakinah cuba mendapatkan rambut anaknya untuk tumbuh lebih lebat dan cantik.

Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama Alif Adha Jamil pada Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata Anais Adha pada Mei 2017.