Laman Utama
Video Raya Judi: Menteri Minta Pelakon Jangan Bagi Alasan Tak Ada Job, Ini Reaksi Bront Palarae!
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah mengeluarkan kenyataan berhubung isu para pelakon yang sanggup menerima tawaran termasuk yang tidak sepatutnya.
Saifudin Abdullah berkata, para pelakon sepatutnya lebih berhati-hati dan tidak memberikan alasan tiada tawaran sebagai sebab untuk terlibat dalam penggambaran berunsur perjudian seperti yang tular baru-baru ini.
Bagaimanapun pelakon pelakon Bront Palarae tampil membetulkan kenyataan Saifudin menerusi ciapannya di Twitter semalam (Ahad).
“Tu bukan pelakon YB, masih level 'talent'...Dari cepat menghukum, ada baiknya cuba fahami 'standard practice' industri & selidiki situasi,” katanya sambil mengulang kicau artikel berkenaan isu terbabit.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kenapa tahan yang diupah? Punca masalah ialah mereka yang mengupah (pelanggan/pemilik jenama),” ciapnya ringkas menerusi Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Nak tangkap bos, periksalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dapatlah info.”
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mohamad Zainal berkata, lelaki berusia 35 tahun dikenali sebagai Loh Kee Hoe beralamat terakhir di Kuala Lumpur.
"Suspek kini dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit dalam sebaran video mempromosikan perjudian dalam talian.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Zairil Hazly Zulkifli di talian 017-4589997," katanya.
Setakat ini, seramai 13 individu telah ditahan bagi membantu siasatan dua video iklan berkenaan. Pihak polis juga tidak dapat mengesahkan sama ada syarikat judi dalam talian terlibat berpusat di Malaysia atau luar negara.