Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] Reen Rahim Dedah Gelagat & Wajah ‘Penyondol’ Suami - “Langsung Tak Respect, Kau Sondol Laki Aku…”

Asyikin Mayudin 18/04/2023 | 00:50 MYT
Pelakon Reen Rahim berkongsi video mendedahkan individu yang menjadi ‘penyondol’ dalam rumah tangganya dengan suami, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Reen berkata individu tersebut memulakan operasi ‘menyondol’ dengan berbuat baik dengannya.

“Langsung tak respect, kau sondol laki aku depan-depan aku. Jangan percaya walau darah daging. Ini ciri-ciri penyondol aku share kat korang.

“Mula-mula kau acah-acah ajak lepak sekali! Lepas itu kau acah-acah jadi bff (bestfriend forever) dengan aku! Lepas itu kau acah-acah family sangat main suap-suap.

“Lama-lama kau sondol laki aku depan aku! Sekarang aku nak kena pukul dia ke macam,” kongsi Reen.

Bagaimanapun, individu yang dimaksudnya Reen itu adalah seorang kanak-kanak perempuan yang mempunyai pertalian darah dengannya.

Reen juga memberitahu kanak-kanak yang sudah dianggap anaknya sendiri itu juga berasa cemburu melihat kemesraan dia bersama suaminya.

“Ini saja Reen dapat rakam, sebenarnya banyak lagi kejadian-kejadian. Alahai anak… why so cute.

Korang tahu, aku suap laki aku, die jealous. Laki aku pegang aku, die jeling.

“Aku baring sebelah laki aku, die marah. Comel gila… banyak kejadian tapi tak sempat rakam,” kata Reen.

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat kanak-kanak tersebut dan mendoakan agar Reen juga dikurniakan cahaya mata perempuan.

Untuk rekod, Reen selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, pada majlis pernikahan di Boraombak Marina, Putrajaya pada 24 Disember tahun lalu.

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

#Reen Rahim #Penyondol #Reen #Suami Reen #Reen penyondol
;