Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Riena Diana Pernah 'Spoil' Momen Syifa Melvin Umum Nak Kahwin - “Bimbo, Lembab, Bodoh-Bodoh… Sesuai Dengan Dia”

Asyikin Mayudin
14/02/2023 02:50 MYT
Pempengaruh Syifa Melvin berkongsi momen ketika dia ingin memaklumkan kepada rakan-rakan rapatnya mengenai dirinya bakal berkahwin dalam masa dua bulan.

Keadaan yang ketika itu rakan-rakan terkejut dan teruja menjadi ‘terganggu’ apabila aktres Riena Diana memberitahu dia sebenarnya yang sudah mengetahui perkara tersebut terlebih dahulu.

Menurut Syifa, Riena yang dianggap seorang yang 'lembab' mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa sebagai Che Ta.

“Selepas habis makan, Syifa buat isyarat mata dengan Jaja. Selepas itu Syifa kata ‘guys buka group’. Sebab aku dah hantar video e-invitation tu tapi seekor pun tak buka handphone.

“Lepas itu, depa macam ‘kau nak kahwin ke?’. Tapi hampa tahu tak, siapa yang potong stim, siapa yang potong cerita… Riena. Perempuan tu watak Lailer itu memang sesuai dengan dia.

“Bimbo, lembab, bodoh-bodoh… sesuai dengan dia. Dia tak terkejut tau. Hampa tahu dia kata apa, ‘aku dah agak dah. Che Ta beritahu aku, kau nak kahwin November ini, sebab tu aku diam saja’.

“Pastu tanya macam mana Che Ta tahu… Tilla habaq (beritahu) Che Ta. So sekarang ini aku nak salahkan Che Ta, nak salahkan Tilla,” kata Syifa.

Ingin mendapatkan kepastian, Syifa kemudian turut bertanyakan kepada kakaknya iaitu Syatilla Melvin yang telah membocorkan rahsia kepada Che Ta.

“Aku tanya dia (Tilla) ‘Hang p habaq dekat Che Ta ka aku nak kahwin?’. Tilla jawab ‘yeke ke aku habaq, aku tak ingat la’. Lepas tu, Syida terus kata ‘Riena hang ni buat-buat saja la terkejut’.

“Jauh betul cerita tersebar… sebab Riena shooting dengan Che Ta. Memang sumpah watak Lailer tu memang dia yang sebenar si Riena itu.

“Sebab itu kami tak terkejut dia bawa watak itu. Sebab memang itu dia,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Syifa mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rashid dengan sekali lafaz di sebuah hotel terkemuka pada 28 November tahun lalu.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

undefined
#Syifa #Safawi #Syifa Melvin #Riena Diana #Riena #Riena Syifa