Kepulangan pelawak Shuk Sahar ke tanah air disambut oleh Rossa Sera dan anak-anaknya semalam.

Sera menerusi Instagram miliknya berkongsi momen-momen ketika dia bersama anak-anaknya menyambut kepulangan Shuk selepas selesai mengerjakan Umrah.

Dalam video itu Sera menulis coretan khas buat Shuk.

“Semoga awak dah dapat ketenangan.

“Terima kasih sentiasa mencuba jadi ayah yang terbaik. Kita besarkan mereka sama-sama tau.

“Sama sama kita jaga hubungan untuk amanah ini ya.


“Semoga jadi ayah yang terbaik untuk anak-anak walaupun kita dah tak bersama,” katanya.

Menerusi suntingan video itu Shuk yang baru tiba terus memeluk anak-anaknya serta beramah mesra untuk melepaskan rindu.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Terdahulu, isu pergolakan semula rumah tangga Shuk dan Sera, tular di media sosial berikutan pendedahannya tentang Shuk yang didakwa berlaku curang.

A post shared by ????? ???? ? (@rossa.sera)