Umum mengetahui hubungan baik pelakon Puteri Sarah Liyana dengan keluarga mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail.

Baru-baru ini tular video memperlihatkan Puteri Sarah menjalani sesi fotografi untuk sebuah produk di rumah mentuanya yang dijadikan studio.

“Tukar rumah Datuk Yusof Haslam jadi studio,” tulis kapsyen di video tersebut.

Pada perkongsian video yang sama, pihak yang terlibat dalam sesi fotografi itu turut memuji sikap pengarah dan penerbit itu yang baik hati membenarkan kediamannya diubah menjadi mini studio.

Menurut pihak terbabit, dia mahu memudahkan proses fotografi itu memandangkan Puteri Sarah sendiri yang meminta untuk dilakukan di rumah mentuanya.

“Baik sangat Datuk. Kami tukar rumah jadi mini studio lagi. Lepas siap, Datuk datang beritahu ruang mana yang cantik untuk shoot.

“Kita dekat Najeehah kalau boleh mudahkan semua pihak. Sebab kita mudahkan orang, orang mudahkan kita. Nak pula kalau duta kita yang minta,” katanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji sikap keluarga mentua Puteri Sarah yang sentiasa menjaga baik menantu kesayangan.

“Datuk Yusof Haslam ni satu dalam sejuta... yang bertuah di sini sebenarnya Datin, isteri kepada Datuk. Dapat suami yang baik dan penyayang.

“Alhamdulillah, bagus juga tu untuk keselamatan Puteri Sarah, orang hebat, cantik dan glamor ni selalu ada musuh, untung dapat mak bapa mentua prihatin.

“Ibu dan bapa mentua dah layan macam anak kandung. Beruntung Sarah,” komen beberapa netizen.

@najeehahhq Baik sangat Dato'. Kami tukar rumah jadi mini studio lagi. Lepas siap, Dato' datang bagitahu ruang mana yang cantik untuk shoot. #najeehahbrand #puterisarahliyana ♬ Heyek Crew Suwung - haluallday