Laman Utama
[VIDEO] Sajat Akui Tak Putus Usaha Untuk Bertemu Anak-Anak - “Maafkan Ummi Jika Ummi Tak Sempurna”
Minggu lalu, selebriti media sosial dan usahawan Nur Sajat tiba ke Singapura bagi menghadiri sebuah acara di sana.
Kesempatan berada di republik itu turut digunakan oleh Sajat untuk bertemu dengan anak-anaknya.
Begitupun, hajat hati Sajat tidak kesampaian apabila dia tidak dibenarkan masuk ke negara berkenaan.
Dalam perkembangan terkini, Sajat berkongsi luahan perasaan di Instagram dan mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu yang sudi melayan keluarganya ketika berada di sana.
Selain itu, dia juga memohon maaf kepada penganjur acara kerana tidak berupaya untuk menghadiri program berkenaan seperti yang telah dijanjikan.
“Thank you buat semuanya yang melayan keluarga saya dengan baik ketika mereka berada di Singapore.
“Ucapan penghargaan buat organizer kerana memahami status Sajat kerana Sajat tak dapat melepasi pintu immigration Singapore,” katanya.
Tidak dilupakan, Sajat turut mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapanya serta meminta maaf kepada anak-anak angkatnya.
Menurut Sajat, dia berjanji dan akan berusaha untuk bertemu dengan buah hatinya satu hari nanti.
“Buat mak ayah, kak long di cintai, buat adik ku Nasya dan kawannya, terima kasih terima kasih. Sajat sayang korang semua.
“Akhir sekali, buat puteri dan putera ku, Syaza dan Syahmi. Maafkan ummi jika ummi tak sempurna. Maafkan ummi kerana ummi tak dapat moment untuk kita bersama. Ummi akan usaha. Insya-Allah pasti kita akan berjumpa lagi. Sabar ya sayang,” katanya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!