Laman Utama
[VIDEO] “Sama Ada Berakhir Dengan Baik Atau Tidak, Doakan Yang Terbaik” - Syamsul Yusof Reda
Pengarah, Syamsul Yusof tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu rumah tangga bersama Puteri Sarah Liyana kerana tidak mahu menyakiti perasaan isterinya.
Menurut Syamsul, walaupun reda dengan segala keputusan selepas ini namun dia tetap berharap kemelut rumah tangga mereka berakhir dengan baik.
“Saya tak nak cakap banyak nanti takut salah cakap, jadi itu sahajalah. Hanya doakan yang baik-baik sahaja antara saya dan Puteri Sarah.
“Sama ada berakhir dengan baik atau tidak, apa-apa pun doakan yang terbaik itu sahaja.
“Kadang kita tak tahu, mungkin apa yang terbaik kita rasa baik untuk kita mungkin tak baik untuk kita. Kita tidak tahu. Allah maha mengetahui,” katanya dalam video yang dikongsi HLive.
Dalam pada itu, Syamsul juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan rakan artis yang sedang mengalami masalah rumah tangga.
“Bersangka baik, kepada sesiapa atau netizen di luar sana doakan yang terbaiklah buat rumah tangga bukan sahaja saya tetapi rakan-rakan artis yang lain.
“Kita pun nampak dah jadi macam trend, ini bukan perkara main-main, ini fasal kehidupan peribadi, tidak nampak semudah dan seindah yang disangka inilah kehidupan realiti. Doakan kami semua,” ujarnya.
Saksikan video penuh Syamsul yang dikongsi HLive di bawah:
Syamsul hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Khamis bagi sebutan kes nusyuz terhadap Puteri Sarah.
Hakim Syarie, Maizatul Aliza Che Din menetapkan tarikh baharu pada 8 Mei ini sebagai sebutan semula bagi memboleh pihak-pihak memfailkan pembelaan.
Terdahulu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Sarah pada 21 Mac lalu.
Permohonan itu dibuat selepas Syamsul enggan menceraikan Sarah pada 7 Mac lalu.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.