Terpegun, sebak, bangga! Itulah antara yang dirasakan oleh rakyat Malaysia selepas melihat persembahan puspita hati negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan lagu klasik Tamil berjudul Munbe Vaa.

Apa yang menjadikannya lebih istimewa adalah lagu itu dinyanyikan oleh Siti pada pada konsert A. R Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlangsung pada Sabtu.

Kemerduan alunan suara Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin telah memukau 60,000 penonton yang berada di stadium sehingga diberikan standing ovation sebagai tanda hormat.

Bukan itu sahaja, nama Siti juga menjadi trending sehingga kini di laman sosial Twitter.

Rata-ratanya masih tidak boleh melupakan malam penuh bermakna itu selain membicarakan tentang kehebatan Siti sewaktu menyampaikan lagu ciptaan A.R Rahman itu.

Antara komen yang diterima:


BACA: [VIDEO] "Sebutan Tepat, Rasa Terharu & Bangga” - Raja Ilya Menangis Dengar Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil

Terdahulu, Konsert A. R Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 itu mendapat sokongan hebat daripada 14 negara termasuk Malaysia, India, Singapora, Dubai, Vietnam, Indonesia, United Kingdom, Thailand, Australia, Sri Lanka, Saudi Arabia dan beberapa negara lain lagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.