[VIDEO] “Satu Lagu Je Terus Trending!” - Salute! Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil, Dapat 60,000 Standing Ovation Di Konsert A.R Rahman

Mya Amri
Januari 29, 2023 05:50 MYT

Terpegun, sebak, bangga! Itulah antara yang dirasakan oleh rakyat Malaysia selepas melihat persembahan puspita hati negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan lagu klasik Tamil berjudul Munbe Vaa.

Apa yang menjadikannya lebih istimewa adalah lagu itu dinyanyikan oleh Siti pada pada konsert A. R Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlangsung pada Sabtu.

Kemerduan alunan suara Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin telah memukau 60,000 penonton yang berada di stadium sehingga diberikan standing ovation sebagai tanda hormat.

Bukan itu sahaja, nama Siti juga menjadi trending sehingga kini di laman sosial Twitter.

Rata-ratanya masih tidak boleh melupakan malam penuh bermakna itu selain membicarakan tentang kehebatan Siti sewaktu menyampaikan lagu ciptaan A.R Rahman itu.

Antara komen yang diterima:

Meremang bulu roma, menitis air mata. Saat yang sangat membanggakan kami sebagai rakyat Malaysia. Terima kasih atas persembahan istimewa ini Datuk Siti Nurhaliza ❤️ #ctdk #ARRahmanconcert

— T.K. Letchumy (@TKLetchumy) January 29, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

DATUK SITI NURHALIZA SINGING MUNBE VAA WAS THE HIGHLIGHT OF THE ENTIRE CONCERT. WHAT A PROUD MOMENT FOR MALAYSIANS!!!! @shreyaghoshal@CTNurhaliza11 @arrahman @Rahmaniac_Msia @dmycreationoffl#ARR #ARRahman #secretofsuccess #ARRLiveInMalaysia #sitinurhaliza #Munbevaa pic.twitter.com/7rxapGwDlE

— Verra Kathaigal (Different Stories) (@verrakathaigal) January 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Datuk Siti singing Munbe Vaa is a huge example that music is universal, language isn't a barrier for it at all ❤

— Arul Venthan (@AVenthan) January 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Our Datuk Siti Nurhaliza ?❤️‍? Slaying Munbe Vaa ?❤️#ARRahman #ARRLiveInMalaysia pic.twitter.com/YE79XwFVFH

— Addictey✨ (@CaddictsCw) January 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: [VIDEO] "Sebutan Tepat, Rasa Terharu & Bangga” - Raja Ilya Menangis Dengar Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil

Terdahulu, Konsert A. R Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 itu mendapat sokongan hebat daripada 14 negara termasuk Malaysia, India, Singapora, Dubai, Vietnam, Indonesia, United Kingdom, Thailand, Australia, Sri Lanka, Saudi Arabia dan beberapa negara lain lagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Viral #Konsert #Trending #Datuk Siti #Datuk Seri siti Nurhaliza #CTDK #A.R Rahman #Lagu Tamil #Munbe Vaa