Sebelum ini tular sebuah video di laman TikTok seorang wanita yang juga model telah menawarkan dirinya untuk menjadi isteri ketiga kepada pengarah berkontroversi, Syamsul Yusof.

Mana tidaknya, wanita yang dikenali sebagai @mexxreen itu antara yang tidak berpuas hati apabila melihat Ira Kazar berjaya ‘menawan hati’ Syamsul menjadikannya isteri kedua selepas Puteri Sarah.

@mexxrenn_

Setuju tak kalau saya sondol syamsul dari Ira kazar?

♬ original sound - Barbie ??

Terbaharu, wanita berkenaan berkongsi rasa teruja apabila video dirinya yang ingin merampas Syamsul daripada Ira Kazar mendapat respons Puteri Sarah yang memberi ‘greenlight’ dengan bersetuju untuk dia menjadi isteri ketiga suaminya.

“Hari ini ada berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia iaitu Puteri Sarah isteri kepada Syamsul Yusof memberi ‘green light’ kepada saya untuk menjadi isteri ketiga.

“Kepada yang lain mencalonkan diri untuk menjadi isteri ketiga, sila berundur kerana anda tidak ada ‘green light’ okay. Jadi saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai penyondol.

“Yang penting biarlah Ira tu tahu macam mana rasanya bila suami kena rampas. Barulah keluarga dia tahu, ini masalah kecil atau besar,” ujarnya.

@mexxrenn_ Replying to @puterisarahliyana @Puteri Sarah liyana ♬ original sound - Barbie ??

Pun begitu, wanita berkenaan menjelaskan dia tidak serius untuk menjadi isteri ketiga kepada pengarah filem Munafik itu.

Ini kerana tujuan dia membuat video sedemikian hanya mahu melepaskan kemarahan dan rasa geram kepada Ira Kazar yang berani mengganggu rumah tangga Puteri Sarah.

“Saya mahu cakap sebenarnya tidak betul-betul. Saya hanya melepaskan kemarahan saya saja. Kesian Puteri Sarah dah la ada dua anak, lepastu empat tahun kot.

“Kepada penyondol di luar sana, sebelum kau layan suami orang, tolong lah berfikir dulu ya. Hanya nasihat. Kepada Puteri Sarah, semoga terus kuat. Sayangi diri awak,” tambahnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.