Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

[VIDEO] “Saya Dah Lama Tak Menangis…” - Lama Tahan, Air Mata Puteri Sarah Akhirnya Gugur Di MeleTOP

Mya Amri
17/03/2023 01:50 MYT
Walaupun diduga dengan krisis rumah tangga, namun pelakon Puteri Sarah Liyana kuat menghadapi dugaan demi anak-anak.
 
Enggan menoleh kebelakang, Puteri Sarah terus melangkah kehadapan dan bekerja keras mencari rezeki.
 
Bagaimanapun, hati wanita itu juga rapuh apabila Puteri Sarah akhirnya mengalirkan air mata sewaktu menjadi tetamu jemputan dalam program MeleTOP baru-baru ini.
 
Menurut Sarah, dia tidak dapat menahan sebak kerana terharu melihat sokongan yang diberikan peminat kepada dirinya.
 
“Terima kasih semua kepada peminat-peminat yang sokong saya selama ini dan memahami saya, tak pernah judge saya.
 
“Sedih pula… Doa-doa daripada anda dan juga keluarga saya. Terima kasih…
 
“Saya dah lama tak menangis tapi sebab hari ini saya rasa terharu, ramai yang menyokong, tiba-tiba saya nak menangis. Semua itu dah lepas, sekarang kita jalan terus,” katanya.
 
Dalam pada itu di ruangan komen juga rata-rata netizen turut berasa sebak melihat Puteri Sarah.
 
Malah mereka juga turut menzahirkan kata-kata semangat buat Puteri Sarah agar jangan putus asa dan terus berjuang.
 
Tonton video penuh Puteri Sarah di bawah:
 
 
Terdahulu Puteri Sarah hadir sebagai tetamu jemputan di MeleTOP bagi mempromosikan drama terbaharu lakonannya berjudul Andai Itu Takdirnya.
 
Puteri Sarah memegang watak sebagai Umairah iaitu rakan baik kepada Aleya (Hannah Delisha) yang sangat memperjuangkan hak wanita di mana dia membantu Aleya dalam menghadapi masalah rumah tangga.
 
Jangan lupa saksikan Andai Itu Takdirnya, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).
 
Manakala MeleTOP pula bersiaran setiap Selasa, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
 
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, rancangan-rancangan tersebut boleh di strim di Astro Go.
 
Astro Baharu, strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-95433838.
 

 
#Meletop #Syamsul Yusof #Puteri Sarah #Menangis #Puteri Sarah Liyana #Air Mata #Wanita Kuat