Bekas personaliti televisyen (TV), Senator Datuk Ras Adiba Radzi meneliti sendiri gambar wanita yang dikatakan mirip rakan baiknya Zalina Azman yang hilang.

Ras Adiba mengesahkan ia bukan Zalina yang merupakan pengacara program bual bicara berbahasa Inggeris terkenal masa dulu itu.

“Maaf wanita di gambar sebelah kanan ini bukan Zalina Azman.

“Saya dah lihat gambar dekat dan ianya bukan dia,” tulisnya

Ras Adiba berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi kemas kini itu dia memuat naik foto wanita yang dikatakan mirip rakannya itu bersebelahan dengan gambar Zalina.

Sejak kehilangan Zalina tersebar di berita semasa dan media sosial, Ras Adiba belum pernah berhenti mencari sahabatnya itu.

Pun begitu, selepas tiga malam misi menjejaki teman baiknya itu dilancarkan, belum ada petunjuk yang boleh membawa kepada penemuan Zalina.

Kehilangan Zalina atau nama sebenar, Zalina Shaharah Azman hangat diperkatakan selepas tersebar berita polis menerima laporan anak lelaki Zalina, Mikhael, 33, mengenai kehilangan ibunya pada 29 November tahun lalu.

Zalina dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.

View this post on Instagram

A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi)