Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] “Saya Hampir Pulang Ke New York Tetapi...” - Njwa

Badrul Hashim
04/11/2018 22:18 MYT
Ketika lama mendiamkan diri, Njwa hampir membuat keputusan untuk kembali menyambung kerjaya seninya di New York. Namun panggilan telefon daripada loQue membuatkan dia mengubah fikiran.

“Ketika itu saya tidak tahu sama ada mahu pulang ke Malaysia atau terus tinggal di New York, tetapi apabila mendapat panggilan telefon daripada loQue mengajaknya berduet, saya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia.

Njawa ditemui ketika majlis pelancaran klip video nyanyian duet beliau bersama loQue yang bertajuk Chinta.

Lirik lagu Chinta ditulis oleh Dato' Farid, Penaung Perbadanan Muzium Negeri Pahang, manakala lagu Chinta itu pula diiringi oleh Orkes Pahang Gamelan Diraja.

Klip Video pula dihasilkan dalam bentuk filem pendek menggunakan “Stop Motion” yang mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.



“Saya jatuh cinta dengan muzik gamelan dan berharap dapat membawakan lagu ini ke pentas antarabangsa,” kata Njwa.
#Njwa