Pelakon dan penyanyi, Janna Nick tampil memohon maaf kerana menyanyi secara miming pada persembahan di pentas berprestij Anugerah Industri Muzik ke 23 (AIM23) yang berlangsung Ahad.
Bagaimanapun Janna menjelaskan perkara itu tidak disengajakan kerana kondisi kesihatannya masih kurang baik selepas dijangkiti Influenza dua minggu lalu.
“Saya minta maaf kerana dianggap memalukan AIM23 kerana miming di pentas anugerah berprestij #AIM23.
“Peluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi-penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang memang dah lama saya impikan.
“Ketika pertama kali ditawarkan saya sangat berbesar hati. Akan tetapi sejak saya dijangkiti Influenza dua minggu lalu, kesihatan saya amat terganggu,” jelasnya.
Selain itu disebabkan jadual yang padat, Janna juga tetap meneruskan urusan kerja walaupun doktor telah menasihatkan dirinya untuk berehat.
“Saya meneruskan penggambaran #melastikkehatimu2 , kerja-kerja di Jakarta dan memenuhi undangan di Singapura walaupun telah dinasihati doktor untuk berehat.
“Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri. Terima kasih @warnermusicmy sebab sama-sama usaha kembalikan suara saya. Segala kesulitan amat saya kesali,” jelasnya.
Terdahulu, Janna teruk menerima kecaman netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju nyanyian secara miming dilakukan terutamanya pada acara muzik besar seperti AIM.

Lepak SeramLEPAK SERAM - EP1 - PART 1
Ubai dan Uncle D lepak bersama Blue & Jaynie. Seawal usia 11 tahun, Blue Asyraff, seorang penulis bebas dan penerbit di Astro Gempak didewasakan melalui pengalaman ngeri melihat ibu kandungnya ‘dibuat’ orang sehingga menghembuskan nafas terakhir. Peristiwa mistik seperti iu, turut dialami oleh Jaynie, seorang penerbit di eGG. Sambil mendengar kisah seram itu, Ubai dan Uncle D turut kongsikan pengalaman mereka berkaitan kisah mistik. Apa yang terjadi kepada keluarga mereka? Saksikan Lepak Seram, setiap Khamis, 11 Malam di Youtube, Instagram, Facebook & Website Astro Gempak, Sooka & Youtube, Instagram, Facebook eGG #lepakseram

LEPAK SERAM - EP1 - PART 2

LEPAK SERAM - EP1 - PART 3