[VIDEO] “Saya Ni Sukarelawan, Bukannya Kerja Tetap…” - Abang Viva
Izwan Isa
19/12/2022 07:50 MYT
19/12/2022 07:50 MYT
Sejak musibah banjir melanda beberapa negeri di Malaysia tahun lalu, nama Abang Viva begitu dekat dengan masyarakat setempat.
Hanya menggunakan kenderaan jenis Perodua Viva, pemilik nama sebenar, Azwan Omar itu sanggup turun ke negeri-negeri yang terkesan dan secara sukarela membantu mereka mangsa-mangsa terlibat.
Hal ini tidak hanya meringankan beban mangsa, malah namanya sebagai sukarelawan turut menjadi sorotan baik dalam kalangan netizen mahupun media.
Begitupun, menerusi sepotong video yang dipercayai rakaman siaran langsung yang diterbitkan oleh isterinya, Abang Viva meluahkan perasaan mengenai respons terhadap situasi banjir yang kini kembali melanda negara.
undefined
“Banjir je saya sampai, banjir je sampai. Itu saya. Tapi masalahnya modal kita orang sendiri. Haritu ke Kelantan, Terengganu pun, saya seorang je habis hampir RM1,000. Untuk minyak dan tol sahaja. Makan lain… Korang rasa?
“Kalau saya ni ada elaun tak apa. Masalahnya kena fikir juga, saya dah kahwin, ada anak bini. Saya ni sukarelawan, bukannya kerja tetap saya. Jadi orang tak boleh pertikaikan saya turun ke tidak,” katanya.
Meninjau ruangan komen, ramai yang memberi respons positif dan memahami situasi yang dialami oleh Abang Viva.
Dalam pada itu, ada juga yang meminta untuk tidak menyalahkan Abang Viva memandangkan kenyataan yang diberi adalah berdasarkan pertanyaan orang ramai.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.