Laman Utama
[VIDEO] "Saya Penat Buat Lawak, Dia Pula Dapat Nama" - Ain Edruce Dedah Perangai Sebenar Suami Yang Ramai Sebenarnya Tak Tahu!
“Lawak doh Amirul, budak office semua tergelak”, demikian ciapan seorang netizen mengenai gelagat suami kepada pelakon Ain Edruce, Amirul Hafiz yang muncul dalam sebuah program temubual baru-baru ini.
Menurut Ain atau nama lengkapnya, Nurulain Edruce, 31, dia mendedahkan Amirul sebenarnya adalah seorang yang kelakar, namun menjadi sedikit segan apabila berdepan dengan kamera.
“Sebenarnya lawak suami saya tak semua orang boleh terima tau, ada setengah orang dia tak rasa lawak tapi kenapa majoriti rakyat Malaysia rasa dia tu lawak betul.
“Kadang-kadang saya yang penat buat lawak, tapi dia yang dapat nama, sedih betul geram pun ada
“Sejujurnya dia adalah sejenis yang kelakar, cumanya dekat luar dia agak pemalu lebih-lebih depan kamera,” katanya kepada Gempak.
Ain ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu kaca mata jenama popular Komute Komono yang diadakan di cawangan Habib, Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, pelakon telefilem Tebus itu menambah, suaminya kini lebih berani untuk bergurau di depan umum.
“Sekarang dia lebih berani untuk bergurau dengan saya depan khalayak ramai, mungkin sebab dah selesa dan berani sikit walaupun kadang-kadang lawak dia itu macam memerli saya.
“Saya pula dekat rumah memang kuat membebel, pantang nampak dia duduk depan tv ada je benda yang saya sengaja cari pasal dekat dia,” tambahnya.
Terdahulu, pasangan itu telah diundang ke sebuah rancangan temubual di steten televisyen tempatan, namun apa yang mencuit hati adalah gelagat Amirul yang menyakat Ain dengan mengatakan isterinya itu akan menyanyi rap (membebel) sekiranya dia tidak mengemas rumah.
Untuk info, Ain dan Amirul sah bergelar suami isteri pada Disember 2019 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya pada Mei 2021.
Must-Watch Video